Sunday, February 7, 2010

Projek Masjid 2010


Kod; 01

Lokasi ; Hradec Kralove, Czech Republik
Target masa; Sepanjang 2010
Target Amaun; 1 000 000 Koruna Czech= RM 200 000= 40 000euro
Tujuan; Membayar Deposit tapak pembinaan Masjid
Pihak Berwajib; Pelajar-pelajar Malaysia, Czech Republik
Pencapaian Setakat 08/02/2010; Target tercapai dan pembayaran Deposit Tapak sedang diuruskan Oleh Sdr Azizul Bin Salehudin.

Kod; 02

Lokasi ; Hradec Kralove, Czech Republik
Target masa; Sepanjang 2010
Target Amaun; 5 000 000 Koruna Czech= RM 1 000 000= 200 000euro
Tujuan; Kos Keseluruhan Pembinaan Kompleks Masjid
Pihak Berwajib; Pelajar-pelajar Malaysia, Czech Republik
Pencapaian Setakat 08/02/2010; Derma sedang berjalan melalui akaun pembayaran on-line PayPal dan akaun-akaun lain. Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi tetapi InshaAllah, dengan bantuan anda semua, ianya bakal tercapai....     =)

Assalamualaykum warahmatullah wabarakatuh.

Salam sayang, salam persaudaraan, salam satu malaysia!

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui..." 
[Al-Baqarah, 2 : 261]

Entry kali ini adalah spesifik buat membantu saudara-saudara islam kita yang ada di Hradec Kralove, Czech Republik. Sedikit penerangan mengenai demografi Muslim di Hradec Kralove;

Bilangan Pelajar Malaysia Muslim= +/- 80 student
Muslim tempatan = minoriti
Muslim lain (belajar+berkerja)= 60






Sekadar Gambar Hiasan

Cadangan pembinaan Masjid di Hradec Kralove, Czech Republik telah disuarakan oleh Pelajar-pelajar Muslim Hradec Kralove memandangkan kesukaran dalam menunaikan solat jumaat dan aktiviti-aktiviti sosial seperti Majlis berbuka puasa, Qiyamun lail, dan Hari raya. Hal ini kerana sewa dewan yang sangat mahal dan membebankan komuniti islam sekiranya pembayaran diambilkira dalam jangkamasa panjang.

Langkah awal, iaitu urusan kajian tapak dan permohonan awal telah dilakukan oleh pelajar-pelajar islam dari serata pelosok dunia yang menuntut di Fakulti Perubatan Hradec. Gabungan usahasama para penuntut dan bekas penuntut Fakulti ini telah membentuk satu badan wakaf dinamakan Obce Muslimsky(Muslims Community Council). Kutipan awal telah berjalan dikalangan komuniti setempat, tetapi perjalanannya sangat lambat dan hampir mustahil dilakukan memandangkan aliran keluar sentiasa berlaku bagi urusan-urusan sewa dewan untuk ibadah jumaat, hari raya, buka puasa, dsbgnya disamping kekangan tuntutan sebagai pelajar.

Setelah berhempas-pulas selama bertahun-tahun, akhirnya, keputusan drastik terpaksa diambil; iaitu untuk meluaskan permohonan bantuan kepada komuniti islam lain. Selepas sebulan membuka sayap derma, target bayaran tapak telah dicapai dengan jayanya. Alhamdulillah. Dan sekarang, kutipan sedang dijalankan untuk kod 02; kos pembinaan kompleks masjid.

Pelbagai langkah sedang diambil dalam merealisasikan hasrat murni ini termasuklah melalui perniagaan ayam halal dan kutipan bulanan yang mana, ianya disalur terus ke tabung Masjid.

Kepada saudara-saudara kami yang lain, yang mana mahu turut serta mengukir nama dan mengutip pahala jariah, inilah peluang anda. Kami memohon kepada sesiapa yang sudi membantu agar menyalurkan wang sumbangan mengikut lokaliti masing-masing. Dan tidak kurang juga kepada yang ingin membantu tetapi tidak berkemampuan secara ekonomi, kami amat-amat berharap pada doa anda yang tidak putus-putus.

Diminta kepada mana-mana individu yang mahu menyumbangkan wang, supaya menulis statement/tujuan = HK Mosque 2010.
dan menggunakan saluran mengikut lokasi masing-masing untuk mengelakkan caj money transfer sebanyak +/- 30euro= RM 150= 750 Koruna Czech

Ireland:
NAMA BANK: AIB Bank, Baggot Street
NAMA PEMILIK: MOHD F TAHAR
(Ferdaus Tahar)
NO AKAUN: 19479023
SORT CODE: 93-10-12



UK:
NAMA BANK: Natwest
NAMA PEMILIK: Miss Rahmah A Ghani
(Rahmah A. Ghani)
NO AKAUN: 46305130

SORT CODE: 01-06-57


New Zealand:
NAMA BANK: National bank
NAMA PEMILIK: Mohd Faizul Ameer
(Faizul)
NO AKAUN: 06-0909-0372906-01


Malaysia:
NAMA BANK: Maybank 
NAMA PEMILIK: Zulkifli Bin Zakaria
NO AKAUN: 1620 5876 0946


NAMA BANK:  Bank Simpanan Nasional
NAMA PEMILIK: Zulkifli Bin Zakaria
NO AKAUN: 06400-29-00015474-6

Dimana sahaja:
SERVICE NAME: Paypal
E-MAIL: zulkif2005@yahoo.com
NAMA PEMILIK: Zulkifli Zakharov (Zulkifli Bin Zakaria)

Bersama-samalah membantu menjayakan projek ini.
Sekiranya ditanya, apa yang boleh kami janjikan sebagai balasan; kami mungkin menjawab, "Tiada" tetapi siapa tahu balasan dari Allah yang jumlahnya 700 kaliganda
=D
 ~Bersama-samalah menuju Mardhotillah~

Rujukan tambahan mengenai Projek Masjid 2010;

1) Facebook group: http://www.facebook.com/group.php?v=wall&ref=ts&gid=66640512044
2) Blog personal (Update berkala, dari saudara Kamal Haziq) : http://akulahperantau.blogspot.com/2010/02/masjid-2010.html

Pertanyaan lanjut, ajukan terus kepada;
1) E-mail; zulkif2005@yahoo.com
2) Yahoo! Messenger; zulkif2005
3) Skype; zulkiflizakharov
4) Facebook; Zulkifli Zakaria

Tuesday, January 12, 2010

....antara zuhud dan populariti....

http://my.opera.com/azmibhr/blog/2010/01/05/ingin-populariti

Sunday, December 27, 2009

1st attempt



Politik dan Islam

Salam. Beberapa hari yang lalu, saya dan beberapa sahabat menghadiri satu sesi kupasan politik dan islam. Topiknya ringkas dan isinya meluas sekali. Tidak dinafikan betapa politiknya kupasan (tidak dapat dipastikan ianya ceramah atau forum atau perbincangan) yang dinyatakan. Kami masih penat sebenarnya; program yang dihadiri tanpa persediaan rapi memang beginilah jadinya... Tapi kami tetap seronok menghadirinya...

Membicarakan mengenai politik; bukan kami orangnya. Giant terlalu muda untuk perkara-perkara sebegini tetapi tetap tidak dapat dinafikan bahawa salah satu perubahan yang wajib kita lalui ialah Politik. Maka, rasanya sudah tiba masa untuk kita memulakan arena baru dalam Giant iaitu; P*****k

P*****k ada di mana2. Di jalan2, di kedai2 dan di pasar2 malam. Berasal dari perkataan poll-itics, ianya melibatkan poll. Undian atau gagasan sokongan. Takrifan yang lebih tepat boleh didapati melalui wikipedia.org dibawah kata kunci carian; politics.

Kita berpolitik dalam kehidupan kita. Untuk mengetahui sejauh mana pemahaman para pembaca, Giant tinggalkan beberapa persoalan kepada anda semua; macamana kita berpolitik setiap hari? Adakah kita sebenarnya wajib keluar mengundi setiap hari tetapi kita tidak sedar?

Fikir2kan. Giant akan kembali dengan jawapan yang mengejutkan...

Pernikahan dan Persediaan

Salam. Post kali ni benar2 amat ringkas. Harap bermanfaat sepenuhnya.

Bacaan tambahan untuk suami;

1-Fiqh wanita –Ustazah Nurbaiyah Mahamood

2-Men fr mars, women fr venus a.k.a Men fr safa, Women fr Marwa

3- Aku terima nikahnya 1 & 2 (bercinta sampai ke syurga)- Hasrizal Abd Jamil

4-Amalan ibu mengandung - Ustazah Siti Nurbaiyah Mahamood

5-Pendidikan anak dalam Islam –Abdullah Nasih Ulwan

6-Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul-Nya - Fatimah Syarha

7-Akhbaarun Nisa’-Ibnu Jauzi’

8-Adab al-Khithbah wa az-Zifaaf -Syeikh 'Amr 'Abdul Mun'im Salim -telah diterjemahkan atas judul "Indahnya Menikah Ala Sunnah Nabi SAW"@”Panduan Lengkap Nikah menuju keluarga sakinah”

9- The Muslim Family Vol 2 : Closer Than A Garment : Marital Intimacy According to the Pure Sunnah - Muhammad al-Jibaly

10- Tuhfatul A'rus - Syeikh Mahmud Mahdi al-Istanbuli

11- Perfume Garden - Qadhi Taftazani (Tunisia)


Monday, December 21, 2009

Always, someone must die

She was looking at her fingers
They were vague
She can't see them
She looked closer
Blood all over

She felt her eyes
There were tears
She felt her ears
She can't hear

She looked ahead
Her loved ones were dead

Why must someone died
for some others to step ahead?

There came the rain
washed the blood away, came the blood again
washed the rain away, came the rain again
there came the blood again

Why must someone died
for some others to step ahead?

I am looking at my fingers
They are vague
I can't see them
I look closer
Oh no!
Blood all over...

I feel my eyes
There are tears
I feel my ears
I can't hear

I look ahead
Oh no! My loved ones are dead!

Why must someone died
for some others to step ahead?


Sumber: Link

Saturday, December 19, 2009

Selamat Pengantin Baru!

Assalamualaykum wbt

category Baitul Muslim (Rumah Islam) ni baru sahaja diwujudkan memandang semakin ramai antara kita yang sedang bergerak ke arahnya.

Pada tarikh post pertama ini, kami (student czech) baru sahaja bergembira menyambut pernikahan seorang senior. Masha Allah... =D

Kegembiraan kedua-dua pasangan ini jelas terpancar diwajah mereka dan kami juga turut menumpang gembira. Semoga keberkatan melimpah ruah keatas kedua mempelai dan berkekalan hingga ke anak cucu.

Doa kami buat semua pasangan;


video

Atas permintaan mereka jugalah Giants mewujudkan kategori ini guna untuk memberi sedikit tips bagaimana mahu menjadi jiwang(Baca; JIWa penyayANG).

selain itu kami juga berharap agar post2 yang ada ini mampu memimpin pasangan2 yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan ke arah membina Keluarga Islam.

"بَارَكَ الله لكما وبَارَكَ عَلَيْكَما وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا في الْخَيْرِ "
keberkatan dari Allah untuk kalian, dan keberkatan dari Allah atas apa yang dikurniakan atas kalian dan disatukan kalian dalam kebaikan

Sunday, November 22, 2009

Dunia dan isinya

Dalam kecamuk politik kepartian di Malaysia, seperti biasa, aku setia menanti kuliah maghrib yang diadakan di sebuah masjid. Penceramah merupakan seorang Ustaz dari pihak yang disebut sebagai ‘pembangkang’ di tempat ini. Ustaz diwar-warkan mempunyai banyak kes yang kontroversi. Lawan sultan, wahabi, mengajar tanpa tauliah dan sesat. Satu sahaja kebaikan slot yang dianjurkan iaitu; murah.

Aku pun bingung dengan kisah yang tersebar. Tapi aku hanya buat-buat pekak. Penting sangatkah mendengar dari belakang sedangkan si ustaz sekejap lagi akan ke hadapan, bercakap 4 mata dengan kami.

Slot bermula.

Penuh dengan hujah dari 2 tinggalan nubuwwah; AQ dn AS.

Tiada bau sesat sedikit pun.

Tiada perkataan yang menunjukkan ‘saya benci sultan’

Tiada tauliah...

Topik berjalan dan terisi dengan nikmat ilmu. Aku gembira. Tapi sebaliknya, ada yang masih belum berpuas hati.

Ada sesuatu yang menghalang mereka dari menerima kebenaran yang ada dihadapan mereka.

Dalam situasi ini.

Perbezaan parti menjadi sebab.

Kepada kelancangan mereka.

Persoalannya lebih kepada mencari pasal bukan mencari asal.

Menyebabkan aku yang paling kerdil,

Duduk paling belakang,

Menjadi malu,

Melihat kebodohan dan kesombongan yang dipamerkan.



Lalu aku berfikir;

Bagaimana Abu Hurairah, yang berilmu dan tinggi martabatnya

Merendahkan dirinya

Mengambil pengajaran daripada as-syaitaan

Yang mencuri dari baitul mal.

Disamping berguru dari nabi s.a.w,

Berbanding manusia hari ini,

Menutup mata dan telinga dari pengajaran yang haq

Lantas mengambil ilmu dari as-syaitan semata2.

Maka jadilah AQ dan AS hari ini seakan2 diturunkan Syaitan...

Dan syaitanlah nabi...

Yang membawa kita kepada redha-Nya...



Ikhlaskanlah,

“Undzur maa qoola, walaa tandzur man qoola” (Lihatlah apa yang dikatakan, dan jangan kamu melihat siapa yang mengatakan-saidina Ali)

Friday, October 2, 2009

Pertemuan menggetar jiwa

Bertemu dengan ikhwah Palestine menyebabkan hati ini terharu. Terharu kerana pertama dapat bertemu dengan salah seorang pejuang agama di Palestine yang benar-benar thabat di jalan Allah. Keduanya, memikirkan diri ini terlalu rendah dan tersangat kecil apabila mengimbau kembali kesalahan-kesalahan yang dilakukan sebelum ini. Dikala hati ini tengah merasai kefuturan, Allah pertemukan aku dengan ikhwah ini yang sememangnya membawa kembali aku kepada realiti kehidupan yang sebenar.

Sedikit latar belakang mengenai ikhwah ini; dikenali sebagai Syed dan beliau merupakan seorang doktor yang melanjutkan pelajarannya ke peringkat PhD di Malaysia. Sudah berkahwin dan mempunyai 7 orang anak dan kebanyakkan anak-anaknya sudah menghafal Al-Quran. Beliau pernah dipenjarakan di beberapa buah penjara berhampiran dengan Gaza seperti Mesir dan yang terakhir sekali ialah di Israel. Pengalaman yang tersangat indah sebenarnya bagi beliau apabila dipenjarakan kerana dapat melakukan amal islami dengan para ikhwah yang sama-sama dipenjarakan. Keadaan ini berlaku di penjara Israel selama setahun dan boleh dikatakan kehidupannya di penjara tersebut seperti daurah. Beliau yang baharu sahaja keluar dari penjara tersebut bercadang untuk meneruskan pengajiannya di Malaysia. Masyallah. Terasa seperti berdepan dengan seorang mujahiddin yang sudah siap sedia untuk ke lapangan jihad.

Menurut beliau, masyarakat Palestine juga sama seperti masyarakat Islam di Malaysia. Kehidupan anak-anak muda yang penuh dengan noda dan kelalaian yang berpanjangan. Masjid-masjid hanya dipenuhi pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik yang membilang usia. Memang tidak ada bezanya dengan negara kita ini. Cuma batu loncatan bagi Islam untuk dipraktikkan semula di Palestine adalah ketika mulanya peperangan. Dari situ barulah perubahan demi perubahan berlaku seperi yang dapat dilihat pada hari ini. Sehinggakan anak-anak menjadikan Al-Quran jantung hati mereka. Subhanallah....

Oleh itu, sebagai seorang mu'min, menjadi kerja kita untuk menyambung tugas para anbiya' yang terdahulu. Tidak cukup sekadar beribadah tetapi sanggup berkorban apa sahaja di jalan Allah. Ia bukanlah suatu yang menjadi pilihan samada mahu buat atau tidak bahkan tidak lain tidak bukan hanya satu sahaja iaitu berdakwah kerana manusia sering lupa akan tanggungjawabnya di atas muka bumi ini. Bukan sekadar mahu memberi nafkah kepada keluarga bahkan lebih besar daripada itu iaitu menegakkan kalimah Islam di atas muka bumi ini.

Seakan mahu melelehkan air mata sahaja apabila mendengar cerita-cerita penderitaan dan pengorbanan yang dilakukan ikhwah di Palestine. Mereka sanggup keluar berjihad walaupun baharu sahaja melangsungkan perkahwinan. Si ibu merelakan pemergian anaknya untuk berjihad walaupun mereka tahu sekali kaki melangkah pergi tidak pasti lagi akan pulang. Mereka juga sudah siap sedia untuk menyambut peluru-peluru jet pejuang yang bakal jatuh bila-bila masa sahaja dari langit.

Menurut Syed lagi, dia akan cuba untuk menamatkan PhD nya secepat yang boleh kerana dia mahu berkhidmat terus untuk negaranya sejurus tamat pengajiannya di Malaysia. Walaupun dia tahu kehidupan di Malaysia amat-amat aman dan tenteram, tetapi pilihannya ialah PALESTINE.

Semoga anta berjaya Syed. Barakallahufik....

Thursday, September 17, 2009

dialog seorang murabbi

"Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!"Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada murabbinya di suatu malam.



Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.

"Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.


"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." Ikhwah itu berkata.


Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.


Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat. "Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.


"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"


Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.


"Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah.


Ia hanya mengangguk."Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya? " Tanya sang murabbi lagi.


Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.


"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah*. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya.


Sang murabbi tersenyum. "Akhi, jama'ah* ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."


"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."


"Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.


"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."


Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.


"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"


Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.


"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.


"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."


Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.


Kemenangan atau Mati Syahid


Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur* kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.

hasil karya -firdaus CUCMS-

Sunday, September 6, 2009


Terasa dingin jari jemari digigit bayu gunung. Terasa indahnya alam ini yang dicipta tuhan. Alam yang dicipta tanpa halangan sesiapa pun. Kerana dia maha berkuasa. Betapa indahnya alam ini yang dihiasi dengan seribu satu macam keunikkan makhluk.

Berjalan-jalan di Cyberjaya, memperlihatkan pelbagai ragam dan karekter manusia di atas muka bumi ini. Ada yang lahir dari benua Afrika, tidak kurang yang dari benua Eropah yang datang ke mari untuk menuntut ilmu. Pertama kali menjejakkan kaki di surau MMU (Mltimedia University) untuk solat jumaat, dapat dilihat golongan-golongan Arab dan bangsa berkulit hitam yang sedang membaca Quran sambil menanti masuknya waktu. Samada yang berseluar triquater, berpakaian fit mahupun berjubah mereka tidak melepaskan peluang untuk membaca Quran ditambah pula Jumaat ini berada di bulan Ramadhan.

Berpaling dari posisi, terlihat warga tempatan yang lena tidur untuk menanti masuknya waktu solat. Tahulah puasa memang memenatkan tapi bukankah kesempatan yang ada itu sepatutnya direbut untuk menambah pahala kita yang jauh terkebelakang berbanding dosa kita yang memecut bagaikan Usain Bolt. Perut kosong, badan penat, maka mata mula kuyu yang tidak boleh ditahan-tahan lagi.

Mengimbau kembali kenangan di sebuah masjid untuk solat Zohor, seorang kanak-kanak Arab yang berumur lingkungan 5 tahun mengambil Quran lalu dibaca bagaikan buku cerita. Mungkin itulah hiburan bagi kanak-kanak itu. Bagi kita itu perkara biasa kerana AL-Quran itu adalah bahasa ibunda meraka. Akan tetapi, jika difikirkan balik mahukah seorang kanak-kanak untuk membaca Al-Quran tanpa disuruh oleh ibu bapanya? Sedangkan orang yang lebih dewasa amat sukar untuk membuka Al-Quran inikan pula kanak-kanak yang hanya beberapa tahun hidup di atas dunia ini.Kalau diikutkan silibus mengaji di Malaysia, kanak-kanak pada umur itu mungkin masih belum lagi habis membaca Muqaddam.

Persoalannya di sini ialah bagaimana mereka dididik untuk sentiasa membaca ayat-ayat Allah tanpa rasa bosan dan jemu? Dan apakah salah didikan kita sehingga menjadikan kita ini malas untuk menyelak helaian-helaian Al-Furqan yang menjadi pemisah antara kebenaran dan kepalsuan?

Al-Quran menjadi pemandu kehidupan manusia, Al-Quran menjadi penawar kepada manusia, Al-Quran menjadi pelindung diri, Al-Quran pemberi hidayah.

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN.....

Monday, August 17, 2009

Kesilapan kerap Muslim di Ramadhan

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah Al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada Nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat Lailatul Qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala Ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurangan perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh As-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat Al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi S.A.W. malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi S.A.W. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keIslaman seseorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi S.A.W. bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh).
(As-Siyam, DrMd'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi S.A.W. telah menyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753,
Al-Busairi : Sanadnya sohih)



Abu Huraira related that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: Whoever fasts during Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. Whoever prays during the nights in Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. And he who passes Lailat al-Qadr in prayer with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven.

-Hadith reported by Al-Bukhari

Thursday, August 13, 2009

OFFER LETTER

Dear all Brothers and Sisters In Islam,

Assalamualaikum wbt.

OFFER FOR ADMISSION TO THE SCHOOL OF RAMADHAN 1430H

Congratulations!!

I am pleased to inform you that insyaAllah all of us have been offered to enter the School of Ramadhan 1430H, the school that Allah had made it compulsory for every Muslims based on surah Al-Baqarah: 183 which says,
'O ye who believe! Fasting is prescribed to you As it was prescribed ToThose before you, That ye may (learn) Self-restraint-"


The details of the offer are as follows:

Name of School : Ramadhan
Programme : One month fasting with extra activities
programme year : 1430H
Date of registratio : Most Probably 22nd August 2009
Time of programme: from sunrise to sunset everyday for the whole month for fasting
programme and some co-curricular activities with no time limit



Course syllabus:
-Fasting everyday
-Praying together(in jamaah)
-Reading the Al-Quran
-Sadaqah to those in need
-Qiamullail
-Pay zakat fitrah
-and many more good activities that can be done in this month!



Special programme:
-Tarawih prayer for every night
-finding Lailatul qadar( The Night of Power that is BETTER than THOUSAND MONTHS) in the last ten days of fasting month



In between this couse, Allah had granted us with 3 types of certificates:

First ten days: Certificate of Rahmah
The following ten days: Certificate of Maghfirah(all sins are forgiven)
Last ten days: Greatest Certificate- Free from Hell


Your ability to get all of these certificates is subjected to fullfilling the requirement determined by Allah. You can refer more on rules and regulations in Al Quran.


Please be prepared before you enter this school. Pray to Allah, ask Him to choose us to be among the students in this school.


Here I also would like to mention that ALL muslims have to accept this offer, and you yourself will decide whether you want to follow the syllabus or not. Refuse to follow, you get nothing. Only hunger and thirst. If you follow these syllabus, insyaAllah you will get a lot of benefits in dunia wal akhirah. Amin.

WELCOME TO THE SCHOOL OF RAMADHAN

Thank You.
Wassalam.

Tuesday, August 4, 2009

GAMES..BEST

Venue ditukar. Insyaallah akan dibuat di salah sebuah sekolah area Wangsa Maju. Akan dimaklumkan kemudian. Ada netball, galah panjang, permainan tradisional dan lain-lain lagi. Jom-JOm..
~Badan yang sihat perlu untuk minda yang cerdas~
(^_^)

Saturday, July 25, 2009

Ujian tidak akan berhenti

Satu masalah baru muncul selepas masalah yang lain selesai....


Saya tidak menyalahkan Allah, tidak menyalahkan sesiapa... jika ada yang perlu dipersalahkan adalah diri sy sendiri.....


Tidakkah menjadi syarat untuk menghadapi kesusahan dahulu sebelum bahagia? Tetapi ujian Allah tidak akan datang tanpa henti... satu hari ia akan berhenti jua.... tolonglah hadapi ujian dan masalah yang dihadapi dengan cara yang positif....


Kita manusia.... Saya manusia..... Saya mempunyai banyak kelemahan....



Maafkn saya atas segala kesilapan dan kesalahan....


Berikan saya masa untuk berubah....

Friday, July 24, 2009

Dunia atau Akhirat?

Emmmm post nih dapat idea sebab tengok status seorg tuh


Nak dunia ke.... Akhirat?


sebelum papehal cakap dulu saya bukan nak sound atau mengkritik dia ekk.....


Kenapa perlu PILIH antara dunia atau akhirat? Bukankah Islam itu diajar kepada manusia untuk manusia mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat dengan cara yang paling baik?


Dengan Islam kita akan inginkan ilmu pengetahuan sekaligus memajukan bumi ini dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah

Dengan Islam kita akan inginkan kebaikan untuk semua manusia, tanpa berlaku penindasan kaum, bangsa mahupun agama

Dengan Islam tidak akan berlaku penindasan dari segi ekonomi mahupun politik kerana mereka akan sedar bahawa ianya akan mendatangkan kemudaratan kepada orang lain dan dunia secara seluruhnya

Dengan Islam kita tidak akan begitu kecewa jika gagal di dalam peperiksaan kerana yakin bahawa setiap yang berlaku kepada kita ada hikmah daripada Allah dan akan diberikan ganti yang lebih baik jika bersabar


Dengan Islam kita akan mendapat dunia

Kejarlah akhirat nescaya dunia akan mengejarmu


Islam akan memberikan kita kebahagiaan akhirat dan dunia keduanya


orang yang hanya mengejar dunia dengan mengabaikan akhirat akan merosakkan dunia ini dan binasa di akhirat

orang yang hanya mengejar akhirat dengan mengabaikan dunia bukanlah contoh hamba Allah yang terbaik mengikut hadis nabi


Tidak perlu memilih antara dunia ATAU akhirat


ikuti Islam secara syumul... Dan kita akan mendapat keduanya insyaAllah

 
Awakened Giants. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.