Bismillahi Ar-Rahman Ar-Raheem
Pulangku ke tanah air dalam cuti ini bukan hanya kerana ingin menghilangkan rindu pd ayahbonda dan adinda2ku, tp juga pd insan dan tempat yg telah membuka mataku utk melihat dunia ini dgn pandangan yg sepatutnya.
Alhamdulillah, cuti kali ini aku berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Jakarta dan iftar bersama anak2 yatim di sebuah asrama anak yatim di Sg. Siput. Sekadar ingin berkongsi refleksi diriku drpd lawatan dan ziarahku ini.
Di Jakarta, aku melihat sendiri dgn mataku 10% mgkn, kehidupan muslim di sana. Yg ingin kukongsikan di sini ialah kepayahan hidup yg kulihat.
KISAH 1
Aku dan teman2 baru habis membeli-belah di Tanah Abang. Turun ke pintu utama, sesak sekali dgn org ramai yg menjual air, beg, makanan dan macam2 lagi. Tiba2, seorg budak lelaki berumur kira2 10 thn dtg ke kumpulan kami dan meminta...
'Embak, lapar embak...' ucap si kecil sambil menadahkn tgn.
Temanku hulurkan sedikit wang. Lalu, berduyun tiba kawan2 adik kecil td. Merayu aku dan teman2...Aah...kasihan! tp aku tak punya wang yg cukup byk utk diberi.
'Embak minta maaf ya. Embak enggak punya cukup wang,' ujarku pd salah seorg drpd mereka, perempuan, kira2 9 thn.
'Embak lagi baru keluar drpd shopping complex. pasti punya wang, bukan?' jawab adik ini.
'Maaf ya dik. Besar nnt jadi org berguna ya!' kutitipkan pesan buatnya.
Saat ini, hatiku sudah mula terasa sebak. Adik2 kecil yg comel + comot ini tak bersalah. Kesusahan hidup telah menjadikan dan menguatkan mereka utk melakukan apa yg mereka lakukan itu. Masya-ALLAH.
Kami menyusur jalan utk mendapatkan teksi. Kami berkumpul di divider jalan yg agak besar, ada tempat pejalan kaki di situ. Sekali lagi kami didekati 3 kanak2, 1 org lelaki yg kira2 12 thn, 2 org lagi kira2 5-6 tahun.
'Embak, lapar embak,' sambil menghulurkan tin utk dimasukkan duit ke dalamnya.
Saat ini, hatiku terasa disiat2...sedikit sesal kerana tak bawa wang lebih.
'Dik, embak ingin beri pesanan. Adik harus mengaji ya! Kenali ALLAH. Belajar ya, kerana dgn ilmulah hidup kita boleh berubah,' kataku kpd yg 12 thn itu.
'Ya embak...tp, lapar embak...' ujar adik itu...di wajahnya, terlihat kekecewaan.
Aaahhh!!!!Maaf adik2! Kakak tak mampu nak beri kerana kakak juga ada kekangan sendiri....Terfikir pula, adakah aku telah kejam dgn mereka? Smg ALLAH ampuniku jika aku telah melakukan yg salah.
2 org yg kecil itu pula, kulihat gembira bermain2 di tengah2 jalan itu tanpa kasut di kaki...ceria wajah mereka...namun, di dalam hatinya siapa tahu? keceriaan yg disalut kesengsaraan...kalian tidak harus melalui ini sebenarnya!
Apakah yg telah menyebabkan mereka yg kecil2 ini harus menanggung semua ini?
KISAH 2
Semasa menaiki bas pula, seperti biasa mmg ramai yg berniaga dan menyanyi yg naik turun bas. Namun, inginku bawakan sebuah kisah saja. Setelah menyanyi, seorg lelaki 20-an menarik perhatian para penumpang bas dan berdiri di hadapan.
'Teman2, kami lapar dan hanya mengharap 1000 rupiah drpd kalian utk mengisi perut kami setelah membuat persembahan ini.....' ucapnya.
Tiba2, dia mengeluarkan pisau cukur (rasanya, yg nipis tu..) dan memotong kertas. Apabila melihat dia memotong kertas itu, aku mula berasa cuak. Apatah lagi, jarak aku dan dia tidaklah berapa jauh. Kemuudian dia mematahkan pisau tu dan meletakkannya di mulutnya....dan....dia mengunyah pisau itu!!!
MasyaALLAH, aku terkejut dan blur! kenapa buat camtu????
'Lihat tuan puan, teman saya ini harus makan besi tajam dahulu sblm dpt makan sesuap nasi. Oleh itu, kami harap tuan puan sudi menghulurkan sedikit wang utk kami,' ucap kawannya yg di belakang.
Oh, begitukah?
Pernah terfikir utk mencari wang dgn cara begitu, sahabatku? Astaghfirullah...betapa kita sungguh bertuah dgn nikmat yg telah ALLAH berikan. Mereka di sana kulihat kreatif sekali utk survive, namun pendapatan mereka sedikit sekali, sahabat!
Aku terus berfikir2...mengapa begini?
Indonesia negara yg besar, kaya hasil buminya dan penduduk yg ramai.... ya, mgkn kerana penduduk yg ramai itu... namun, dptku rasakan ini adalah kerana rasuah dan penyelewengan oleh mereka yg sudah senang. macam sistem kapitalis...wallahu a'lam...
apa pun puncanya, aku dpt merasakan bhw sekiranya duit zakat dibayar dan diurus dgn sebaiknya, byk yg boleh dibantu. bukankah islam itu rahmat bg seluruh alam? sekiranya yg kaya berjiwa pemurah dan sedar bahawa harta mereka bukan semata2 milik mereka, wakaf dan sponsor utk anak2 kecil yg berkeliaran di jalan raya tanpa kasut dan pakaian yg comot pasti akan dpt pergi belajar di sekolah dgn pakaian yg lebih baik.
Teman2ku,
mari kita renungi nasib kita. daripada kita kecil hingga hari ini. bumi malaysia bumi bertuah. pemimpinnya begitu prihatin kpd masalah rakyat. jika kita telusuri sejarah negara kita, kita sepatutnya mampu melihat bahawa perjuangan membebaskan negara drpd penjajah adalah drpd semangat jihad org dulu yg benar2 menghayati islam dalam diri mereka.
Adakalanya kita rasa hidup kita ini susah. Jika kita ada kesusahan utk mendapatkan harta yg banyak dan anak yg baik, marilah kita renungi adakah hati2 kita hati2 yg sudah senang? Hati yg senang? Itulah hati yg hidup dgn menyedari bahawa dia hanyalah hamba kpd yg Maha Kuasa, hati yg sentiasa cuba membebaskan diri drpd penjara maksiat dan kemungkaran.
Bagiku, susah atau senang itu bukanlah diukur pd apa yg terlihat dek mata kasar. teringat kata seorg pak cik yg kami jumpa di sana...
'apa yg enggak enak jika sudah tahu semuanya drpd ALLAH?tiada yg enggak enak, melainkan enak2 belaka..' (enak = nikmat, best)
Teman2ku,
kita telah diberikan nikmat terbaik iaitu iman dan islam. jika kita menghargai, menjaga dan mencelupkan diri kita dalam kedua2 nikmat ini sepenuhnya insyaALLAH tiada lagi kata 'susah' dalam hidup kita ini. Bukan hanya hilang 'susah' dalam hati, tp juga dlm hidup kita, dlm karier, keluarga dan lain2.
ayuh berpegang pd tali ALLAH dan mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW...insyaALLAH, tiadalah kepayahan dlm hidup kita.
~sekadar refleksi di malam2 terakhir ramadhan...smg terus kuat berusaha utk mencapai keberkatan ramadhan..
dlm kegembiraan menyambut ketibaan syawal, jgn sampai terlupa bhw ramadhan sdg melambai pergi...~
p/s : utk iftar di rumah anak yatim, insyaALLAH akan menyusul...panjang2 nnt org tak larat nak habiskan baca plak...
No comments:
Post a Comment