Aku pun bingung dengan kisah yang tersebar. Tapi aku hanya buat-buat pekak. Penting sangatkah mendengar dari belakang sedangkan si ustaz sekejap lagi akan ke hadapan, bercakap 4 mata dengan kami.
Slot bermula.
Penuh dengan hujah dari 2 tinggalan nubuwwah; AQ dn AS.
Tiada bau sesat sedikit pun.
Tiada perkataan yang menunjukkan ‘saya benci sultan’
Tiada tauliah...
Topik berjalan dan terisi dengan nikmat ilmu. Aku gembira. Tapi sebaliknya, ada yang masih belum berpuas hati.
Ada sesuatu yang menghalang mereka dari menerima kebenaran yang ada dihadapan mereka.
Dalam situasi ini.
Perbezaan parti menjadi sebab.
Kepada kelancangan mereka.
Persoalannya lebih kepada mencari pasal bukan mencari asal.
Menyebabkan aku yang paling kerdil,
Duduk paling belakang,
Menjadi malu,
Melihat kebodohan dan kesombongan yang dipamerkan.
Lalu aku berfikir;
Bagaimana Abu Hurairah, yang berilmu dan tinggi martabatnya
Merendahkan dirinya
Mengambil pengajaran daripada as-syaitaan
Yang mencuri dari baitul mal.
Disamping berguru dari nabi s.a.w,
Berbanding manusia hari ini,
Menutup mata dan telinga dari pengajaran yang haq
Lantas mengambil ilmu dari as-syaitan semata2.
Maka jadilah AQ dan AS hari ini seakan2 diturunkan Syaitan...
Dan syaitanlah nabi...
Yang membawa kita kepada redha-Nya...
Ikhlaskanlah,
“Undzur maa qoola, walaa tandzur man qoola” (Lihatlah apa yang dikatakan, dan jangan kamu melihat siapa yang mengatakan-saidina Ali)
cerita Abu hurairah tidak dicatat dalam sahih Bukhari (atau tak dijumpai??) kepada sesiapa yang tahu riwayat tersebut; silalah berkongsi.... =)
ReplyDelete