Saturday, December 19, 2009

Selamat Pengantin Baru!

Assalamualaykum wbt

category Baitul Muslim (Rumah Islam) ni baru sahaja diwujudkan memandang semakin ramai antara kita yang sedang bergerak ke arahnya.

Pada tarikh post pertama ini, kami (student czech) baru sahaja bergembira menyambut pernikahan seorang senior. Masha Allah... =D

Kegembiraan kedua-dua pasangan ini jelas terpancar diwajah mereka dan kami juga turut menumpang gembira. Semoga keberkatan melimpah ruah keatas kedua mempelai dan berkekalan hingga ke anak cucu.

Doa kami buat semua pasangan;




Atas permintaan mereka jugalah Giants mewujudkan kategori ini guna untuk memberi sedikit tips bagaimana mahu menjadi jiwang(Baca; JIWa penyayANG).

selain itu kami juga berharap agar post2 yang ada ini mampu memimpin pasangan2 yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan ke arah membina Keluarga Islam.

"بَارَكَ الله لكما وبَارَكَ عَلَيْكَما وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا في الْخَيْرِ "
keberkatan dari Allah untuk kalian, dan keberkatan dari Allah atas apa yang dikurniakan atas kalian dan disatukan kalian dalam kebaikan

4 comments:

  1. salam..hamoih..cepat betul tersebar...setinggi2 tahniah juga kepada Ijoy dan Siraj, yg telah berjaya memujuk family kedua2 pihak...

    ReplyDelete
  2. waalaykumsalam.
    berita baik mestilah cepat tersebar.
    sebenarnya kedua2 pengantin yang paling memainkan peranan memujuk family masing2. Mon bila lagi? ;>

    ReplyDelete
  3. insyaallah, nanti bila Allah dah bagi line ada la...sedang diusahakan...usaha atas iman dulu...

    ReplyDelete