Tuesday, July 21, 2009

Banggakah anda dengan Islam?

"Nanti kalau aku cakap pasal Islam orang kata aku bajet baik"



"Rasa macam susah nak cakap pasal Islam sebab nanti x dapat masuk dengan orang"



"Nak kata suka buat dakwah tu tipu arr sebab memang kadang2 rasa terbeban dan malas"



"Aku x dapat masuk arr dengan diorang yang buat2 dakwah ni"



"I feel kinda out of place"



"Aku buat dakwah ni dah sebab memang tanggungjawab kita kan, sejara jujur aku bukan buat sebab suka arr"



"Kalau aku pilih agama nanti kena label plak (di BTN)"



"Buat susah jer untuk buat dakwah susah2 ni, aku buat dakwah sket2 dah arr"





Tiada orang yang memberi ganjaran kepada orang2 barat untuk memperjuangkan demokrasi


Tiada orang yang membayar kepada komunis yang memperjuangkan ajaran Karl Marx


Jika begitu kenapa mereka memperjuangkan apa yang mereka perjuangkan?


Apa kelebihan yang akan mereka dapat??


Sehinggakan mereka sanggup menggadaikan nyawa demi ideologi tersebut?



The answer is simple


Kerana mereka merasakan bahawa itulah yang terbaik untuk dunia ini

Kerana mereka berbangga dengan apa yang mereka bawa

Kerana mereka ingin mengubah dunia ini ke arah yang lebih baik (pada pndgn mereka)



Keinginan untuk berdakwah dalam diri para sahabat dan para mujahidin adalah keinginan yang lahir secara semulajadi hasil daripada perasaan cinta, sayang dan bangga dengan Islam

Ali Imran (3:52)

"Maka tatkala ‘Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,’Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al Hawariyyun menjawab,’Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah ; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri’"


Saya ingin bertanya kepada semua yang pernah terfikir dan mengucapkan ayat2 pada permulaan blog ini....


Apakah Islam bagi anda?


Adakah anda bangga dengan Islam itu?


Adakah anda betul2 cintakan Allah dan RasulNya seperti akan anda katakan di mulut anda?



Orang yang bangga dan cintakan Islam, keinginan untuk memperjuangkan Islam itu akan lahir di dalam diri mereka, jika tidak lahir perasaan itu walaupun sedikit...


Fikirkanlah sendiri...


Adakah anda sudah betul2 mengenali Islam? Adakah anda sudah betul2 merasai halawatul iman itu (kemanisan iman)?


Why are u a muslim in the first place?



Kerana lahir dalam keluarga Islam?
Untuk mendapat hak bumiputra?



Dalamilah Islam, sedarilah matlamah hidup kita di dunia, carilah matlamat hidup anda sendiri di dunia ini



Wallahualam

4 comments:

  1. ku rasa familiar with one of the quotes... heh..

    ReplyDelete
  2. "Nanti kalau aku cakap pasal Islam orang kata aku bajet baik"




    haih~
    terkena~
    =.=

    ReplyDelete
  3. take it in a positive way ekk korg dua :P

    ReplyDelete
  4. ade ek jenis org yg ckp cm2... em.. tp pnh dgr kot....

    ReplyDelete