Thursday, July 23, 2009

Akhlak orang Islam?

Ingatlah Allah di waktu senang
nescaya Allah akan mengingatimu di kalamu susah

(mafhum hadis, malas nk cari matan yang betul huhu)


Senangnya ku kini.... tidur kembali selepas subuh hari, menyelimuti diri dengan selimut fleece... kakakku gembira bermain bubble dgn anak sedara kami di blkgku... Negara yang mempunyai banyak peraturan, kerajaannya bertukar setiap pilihanraya..... Tetapi keamanan negara ini jelas terasa.... Orang2nya sgt ramah.... Pihak pembangkang yang mengutuk kerajaan akan diberi komisen jika kritikan mereka itu benar.... Tiada sistem yang memastikan kita pergi kerja.... Ianya tidak diperlukan kerana tiada yang menipu di sini.... Kerajaan akan menyalahkan diri mereka sendiri dahulu jika berlaku kemalangan di jalan raya...... Orang asing mana ntah memberikan kami makanan burung percuma utk diberi makan kpd burung2....



Segala2nya dilakukan demi kebaikan penduduk di sini, akhlak yang ditunjukkan tidak dapat dinafikan lebih baik daripada kebanyakan orang Islam sendiri



Tidak hairanlah mereka akan membenci Islam dan memandang serong kepada Islam....
Kita sebagai umat Islam sendiri telah berjaya menjadikan mereka salah faham berkenaan apakah itu Islam sebenarnya.....


Ramai yang bising berkaitan feqah, berkaitan dakwah, berkaitan Palestin....
Tetapi berapa sahaja yang betul2 sedar salah satu elemen penting di dalam Islam, faktor utama Islam dibenci dan tidak disukai utuk dipelajari oleh non-muslim dan org islam sendiri



Akhlak



Maksud hadis: Daripada Abu Hurairah radiyallahu anh berkata; bersabda rasulullah s.a.w., "orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang terbaik dikalangan kamu ialah orang yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya".



Daripada Abu Hurairah radiyallahu anh berkata; rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."



Daripada 'Amru bin Syuib daripada ayahnya daripada datuknya, Sesungguhya dia telah mendengar rasulullah s.a.w. bersabda,"Ketahuilah akan aku khabarkan kepada kamu dikalangan kamu yang sangat aku kasihi dan orang yang paling hampir kedudukannya denganku pada hari akhirat, maka kaum tersebut diam sehingga baginda mengulanginya sebanyak 2 atau 3 kali lalu kaum itu menjawab, "Ya Rasulullah, sabda baginda, ialah mereka yang mempunyai akhlak yang paling mulia."



Daripada Abu Dardai Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak ada yang paling berat pada timbangan(Mizan) melainkan akhlak yang baik.”(Riwayat At-Tirmidzi).



“Akhlak yang baik boleh menghapuskan kesalahan seperti matahari mencairkan air yang beku.”



Akhlak.... semakin dilupakan oleh umat Islam.....
Ingatlah akhlak kita adalah untuk semua manusia, bukan sekadar untuk orang Islam, apatah lagi untuk sekadar dengan ikhwah....

2 comments:

  1. salam
    aku lebih suka jika hadis yg ingin disampaikan lengkap matan dan juga sanadnya..biar kuat hujahnya dan biar sahih riwayatnya moga ilmu yg disampaikan lebih jelas dan tepat...

    p/s: malas bukan alasan yang bagus kalau berkaitan dengan hadis...

    ReplyDelete