Thursday, June 25, 2009

Rejab..oh Rejab

Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting dan Amalan
Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

(dipetik dari email yang tidak dinyatakan sumbernya namun boleh dipercayai kesahihannya)

Wednesday, June 24, 2009

Tahu diikuti Mahu






teringat SMS dari ZS zaman dulu2

Tuesday, June 23, 2009

Kembali

Kita kembali berbincang tentang sesuatu yang sering menjadi perbincangan.
Tapi mungkin sering kali dilupakan.
Iaitu atas suatu tujuan.
Tujuan penciptaan.

Sering kali, dan juga kini, ayat ini menjadi hidangan.
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia,
melainkan untuk beribadah kepadaKu"
Adz Dzariyat, ayat 56.
Kiranya anda belajar Malay A1 dalam IB, ataupun mana-mana aliran sastera,
anda mungkin biasa dengan istilah koreksi.
Dan gunanya adalah untuk menegaskan sesuatu.
Sepertimana ayatnya,
Manusia dan jin tidak akan diciptakan, melainkan untuk beribadah kepada Allah.
Kalau bukan untuk beribadah, kita tak akan diciptakan.
Tegasnya, itulah hakikat.

Sepertimana mesin basuh sebagai misalan,
tidak akan tercipta mesin basuh melainkan untuk membasuh pakaian.
Itu tujuan penciptaan mesin basuh.
Dan manusia?
Untuk beribadah kepada Allah.
Di sini, mari kita pandang terma ibadah itu pada satu skop yang lebih luas.
Ibadah itu bukan hanya bermakna kita berzikir, bersolat, puasa dan sebagainya sepanjang hidup kita. Bukan itu yang diinginkan.
Sepertimana juga mesin basuh yang ada banyak jenamanya,
pasti ada jenama yang cukup mantap, yang sentiasa menjadi saingan syarikat-syarikat pembuat mesin basuh sekalian yang menjadi seolah-olah benchmark mereka.
Manusia, siapa?
Rasulullah pastinya.
Insan kamil lagi terbaik yang menjadi teladan seluruh umat manusia, sepatutnya.

Teliti cara hidup Rasulullah, semestinya kita sedar,
hidup baginda bukan hanya pada puasa dan solatnya.
Baginda tetap berniaga, seperti kita sekarang.
Tetap bergurau senda, seperti kita sekarang.
Tetap berpolitik dan sebagainya, seperti juga kita sekarang.
Maka, andai kiranya kita memahami ibadah itu adalah berzikir dan solat sepanjang hari,
apakah Rasulullah telah mengabaikan tujuan penciptaannya sebagai manusia?
Tidak, semestinya.

Ibadah itu adalah ibadah apabila menepati dua syarat.
Niatnya kerana Allah, dan perbuatannya berlandaskan syara'.
Bertani, berniaga, berhibur, itu benda biasa manusia buat.
Sejak dari dulu. Yang membezakan adalah dua ini: niat dan cara.
Buatlah apa sekalipun, biarkan dua ini menjadi terasnya,
menepati tujuan penciptaan kita.
Kalau tak, kita takkan diwujudkan pun di dunia ni.

Mesin basuh juga,
pastinya dilengkapi macam-macam bahagian dan peralatan supaya ia dapat berfungsi,
sesuai dengan penciptaannya, demi membasuh baju.
Ada motor pemutar, memusingkan baju yang kotor bersama air sabunnya.
Ada hos air, untuk drain air tu.

Manusia, apa kelengkapannya?
Banyak tempat dalam Quran menyebut, kelengkapan yang diberi pada manusia,
sesuai dengan penciptaannya.
Apa kelengkapannya?
Sam'a wal absor wal af'idah.
(maaf, ada yang berpendapat tak patut arabic ditulis sebegini dalam rumi. saya tak pasti)
Dalam al Mulk umpamanya, ayat 23.

Katakanlah, "Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan
pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu.
(Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."

3 perkara.
Dengar, lihat, rasa atau fahami.
3 kelengkapan yang sepatutnya cukup untuk kita menjadi manusia.
Dengarkan ayat-ayat, juga bunyi-bunyian alam.
Lihat apa saja yang tercipta.
Hati? Fahami dan ini kunci utama yang menghubungkan kita dengan Dia.
Fahami Dia. Apa kesukaan-Nya. Apa yang dibenci.
Dan bertindak seperti yang difahami. Itu tindakan.
Niat, terbitnya dari hati.
Dan dengan telinga dan mata, semestinya hati mampu tersentuh dengan kehebatan Dia, betul?
Dua ini pintu kepada hati.
Dan dua pintu ini jugalah yang menjadi tempat masuk segala yang lain,
maka semestinya diawasi.
Safeguard.
Jaga.
Bilamana 3 kelengkapan tak digunakan,
maka gagallah fungsi asal ciptaannya.
Motor pemutar tak berpusing, masakan baju akan bersih sesempurna mungkin?
Drainer tersumbat, baju tetaplah bergelumang dalam air penuh kotoran.
Mesin basuh yang faulty.
Atau, kelengkapan itu digunakan untuk sesuatu yang lain.
Entah dari mana, rasanya pernah dengar ada orang guna mesin basuh untuk uli tepung.
Andai betul, maka mesin basuh bukan lagi mesin basuh.
Mesin basuh jadi mesin penguli tepung.

Manusia?
Ayat yang biasa didengar.
"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam
banyak dari kalangan jin dan manusia.
Mereka memiliki hati,
tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)
dan mereka memiliki mata
(tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan
mereka mempunyai telinga
(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah).
Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lengah."
Al A'raf: 179

Andai tiga benda tak digunakan dengan sepatutnya, manusia bukan manusia.
Bagaikan binatang ternak, bahkan lebih sesat.
Lebih teruk dari binatang.
Manusia bukan manusia lagi.

Ayat 23 Al Mulk di atas, diakhiri dengan "sedikit sekali mereka bersyukur".
Betul? Mungkin atas sebab inilah, kita bagaikan binatang.
Tak menggunakan kurniaan Allah pada tempatnya.
Tanda syukur, ialah gunakan apa yang diberi, seperti tujuan penciptaannya.
Guna untuk lain, itu zalim.
Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Zalim pada Dia, kerna tak meletakkan Dia dalam niat,
sekaligus, zalim pada diri, kerna tak meletakkan diri sesuai dengan penciptaan asal.

Dan layaknya penciptaan yang faulty, cuba untuk dibaiki.
Mesin basuh yang rosak, diberi peluang untuk dibaiki.
Tak boleh, dumpster. Atau mungkin kilang besi buruk?
Manusia, peluang banyak untuk baiki diri.
Selagi nyawa dikandung badan.
Tak boleh? Tak sempat? Atau tak guna kesempatan?
Neraka. Itu tempat layaknya untuk ciptaan rosak.

Menyentuh soal syukur,
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu,
tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),
maka pasti azab-Ku amat berat."
Ibrahim : 7
Ingkar = azab.
Itu layaknya.
Syukur = more nikmat to come.
Itu layaknya.

Kita kembali pada apa yang asasnya hidup ini.
Kembali pada tujuan. Kembali pada satu pengertian.
Erti menjadi manusia.

Sunday, June 21, 2009

Perkenalanku dengan seorang 'akak'

21 Jun 2009


time tu saya tengah mencari seorang 'kawan lama' punya ID... satu2nya muslimah kat dunia ni yg saya respek dan hormat. Bdk kisas... dapat citer dari kawan lain dia dah tukar ID.. bukan apa... tapi saya tengah wat 'research' berkaitan beberapa isu dan dia antara orang yang paling saya nak dengar pendapatnya



so.... melalui satu website tuh, saya try n error jer ID2 yang berkemungkinan dia guna... dia selalu letak akhir ID dia xxx_XXXXXXXX, so main tibai ar bbrp ID yang mungkin, termasuk ID yang istimewa ni...


XXXXXX_XXXXXXX
(dirahsiakan atas permintaan akak tuh =) )


tgk2... heh wat malu jer... rupa2nya salah orang.... saya check through friendster.. umurnya merupakan seorang yang dah bekerja... malahan gambar yang diletakkan gambar budak kecik perempuan yang sgt comel, saya rasa budak tuh umur dia lebih kurg anak2 sedara sy jer, dan mmg btul.... sekaligus sy agak yakin budak tuh anaknya



dia agk friendly, asal2nya ingat x nak kaco lama2 coz isteri orang kan... tp akak tuh yang membuka perbualan dlu... sy yg tgh x der keja arr gak time tuh layan jer...



lgpun... for some reason hati saya mmg tertarik utk teruskan perbualan dgn muslimah yg asal alor star tp duk kat JB nih



(cute giler kan heheh.... rasa nk cubit2 jer pipi tembam dia tuh)



budak yg dia letak sbg pic tuh pakai tudung... walaupun usianya baru 1 setgh tahun, dan dlm gambar tuh baru 9 bulan.... tp dah dididik utk pakai tudung... dia kata itu amanah berat yang diberi kepadanya, so dia kena buat sebaik mgkn... emmmm menarik gak akak nih



tup-tap tup-tap saya saja masuk pasal alam perkahwinan pensyarah tahap PhD nih, saje jer coz nampak gaya cam beriman jer akak nih.... saja nak korek kisah2 'cinta' orang2 baik nih hahah



dia ketawa 'hehehee' sebelum citer.. bunyinya macam sgt bahagia dan suka dgn citernya... dia mengatakan itu cerita yg plg best dlm hidup... dia diperkenalkan dgn bakal suaminya oleh kawannya sendiri... lelaki tuh sebenarnya abang angkat kawan dia tu... diorg kenal x lama, 6 bulan lepas kenal terus tunang dan 6 bulan pastu plak trus kawin.. dia kata diorg x pernah jumpa pun, melainkan time suaminya tuh pergi merisik... betul2 jumpa pun time hari akad nikah perkahwinan mereka... alhamdulillah permulaan kisah mereka sangat baik



bahagia sgt2 katanya




suaminyalah yang plg gembira sekali semasa dia mengandungkan anak pertama mereka berdua.... dia menyangkakan bahawa itu merupakan anak lelaki, jadi dah sedia dah nama ariff aqly.... x pun auni bazlina utk nama perempuan... tp suaminya yakin jer kata tu anak perempuan spt akak ni...



tapi nampaknya Allah lebih sayangkan suaminya..... 8 bulan selepas perkahwinan mereka, hari kedua Ramadhan.... Walaupun malam yang pertama mereka masih sempat bertarawikh sama2, namun apakan daya apabila sakit yang biasa didengar bernama demam boleh menjadi tanda awal pemergian insan yang sangat disayanginya... suaminya x sempat pun untuk melihat anak mereka berdua....



Suaminya pergi dijemput Izrail pada hari jumaat, ramadhan ke-2.... bagi saya suaminya pergi dalam keadaan yang sgt baik, tidak sakit yang teruk, malahan sedang beribadah puasa ramadhan pada hari jumaat.... InsyaAllah suaminya ditempatkan di kalangan para solihin...



Kematian boleh datang pada bila2 masa.... kepada sesiapa saja.... mahupun orang yang paling kita sayangi.... anak itu akhirnya dinamakan 'Aisyah Balqis', memandangkan arwah suaminya pernah berkata untuk inginkan nama2 anaknya seperti nama2 isteri nabi.... Nama tu merupakan satu nama yang cantik bagi saya... Apatah lagi nama tuh bukan nama yang baru muncul dalam kepala saya (ada yg akn faham, ada yg akan salah faham).... tetiba saya berminat untuk menamakan anak perempuan saya dengan nama tersebut jika dikurniakan rezeki kelak :P (kpd yg berkaitan, take note ekk heheh)



wallahualam




something for us to ponder upon....

Saat-saat indah aku dan mu

Aku suka kamu....

Ungkapan yang akan diucapkan oleh setiap pasangan yang bercinta. Apalah makna hidup ini kalau tidak dicintai. Hidup tanpa cinta bagai pokok tanpa baja. Hidup tanpa cinta bagai manusia tidak bernyawa. Hidup tanpa cinta bagai bumi tanpa lautan. Tidak mustahil untuk bercinta dan tidak mustahil untuk dicintai. Perasaan yang ada pada setiap manusia. Fitrah yang tidak boleh diceraikan lagi.
Hidup di dunia ini tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta kepada ilahi. Cinta yang tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Cinta yang hanya dapat dirasa oleh hati dan nurani. Cinta yang kadangkala disalah tafsirkan. Kerana tipu daya dunia yang mengaburi mata kasar. Oleh itu hanya insan yang terpilih sahaja mampu memperoleh cintanya.

Termenung sejenak....

Cinta hari ini apa tujuannya? Biasa orang kata cinta yang sejati akan berakhir dengan perkahwinan. Kerana perkahwinan menuju bahagia. Apa yang dimaksudkan dengan bahagia ini?. Mungkinkah cinta yang dibina hanya untuk mendakap orang yang disayangi. Mahu menghalalkan yang haram. Dan perkahwinan sebagai prasyarat untuk menutup kemaksiatan yang mahu dilakukan. Inilah baru dikatakan sebagai BAHAGIA. Kalau begitu gayanya, cinta ini kerana nafsu. Sememangnya tidak salah lagi. Apa tidaknya, asasnya mudah. Kehancuran institusi kekeluargaan. Tidak sampai setahun jagung berkahwin sudah bersepai rumah tangga yang dibina. Tidak kira yang tinggi pendidikannya atau pekerja-pekerja buruh. Sama sahaja keadaannya

Termenung sejenak...

Bagaimana pula anak-anak muda yang berpacaran yang tidak tahu hujung pangkalnya? Berkepit ke hulu ke hilir tanpa malu dan segan. Tidak lupa juga dengan adegan aksi tersendiri yang meloyakan. Kemudian melafazkan rasa cinta yang tak tentu lagi pengakhirannya. Itu yang kurang berpendidikan. Tidak ketinggalan yang tinggi pendidikannya. Ada sahaja tipu helah yang rencanakan. Pandai berhujah untuk menegakkan benang yang basah. Pandai juga untuk mencari “port” untuk “berlabuh”. Malah ada yang terlalu pandai sampai hilang pertimbangan diri. Nak sangat yang hidung mancung macam shah rukh khan sampai bangla tepi jalan pun layan. Ataupun ada yang mahukan kekayaan sekelip mata ikutlah mat afrika yang pakai IPHONE TOUCH. Kalaulah ini gambaran pemuda pemudi sekarang, inilah imej negara pada masa hadapan. Bak kata orang nak tengok teguhnya rumah tengok pada tiangnya, nak tengok sesebuah bangsa tengok pada pemuda dan pemudinya.

Terdetak hati ini....

Adakah cintaku hanya pada-Mu?
Adakah cintaku mendapat bimbingan-Mu?
Adakah aku bercinta?
Mampukah aku untuk bercinta?
Adakah aku dicintai?
Cinta ini satu permainan dan kita perlu bermain dengannya. Sebagaimana dalam permainan, ianya perlukan matlamat dan strategi untuk menang. Kalau kita kalah pada cinta teruk padahnya. Namun, kemenangan terhadap cinta manis rasanya.
....................

p/s: hanya pandangan terhadap cinta dan kasih sayang....=)

Saat remaja

Umur 15 tahun…

Bersama-sama rakan-rakan sebilik, duduk sembang-sembang. Berangan-angan mahu memiliki banyak benda; duit banyak, rumah besar, komputer berteknologi tinggi, kereta, motorsikal, handphone, mp3 dan tentu sekali “awek” yang cun(nak islamik sikit isteri yang solehah). Seronok rasanya bila ada semua benda ini. Nak jalan-jalan pun senang. Nak travel pun senang. Nak cakap dengan awek pun senang. Hidup senang. Nak buat apa-apa pun boleh ikut suka hati aku. Pendek kata semua senang dan tak membosankan.
Umur 17 tahun....

Seronoknya SPM dah habis. Nak buat apa masa nak tunggu result? Belajar kereta!!! Lepas tu, baru boleh ronda-ronda satu KL. Kalau duduk saja kat rumah bosan gak. Baik pergi cari kerja. Berisi gak poket aku ni. Nak mintak mak mesti tak bagi nyer, bukan belajar lagi.

Umur 17 tahun: kenduri arwah....

Aku kene jadi tuan rumah?? Nikan rumah mak kenapa aku yang kene jadi tuan rumah? Memang ni pun rumah aku, tapikan mak tuan rumah ni ? Mak kata; Tolong mak ya. Ayah korang dah takda. Alan (bukan nama sebenar) dah besar boleh tolong mak kan? Wakilkan mak. Mak nikan perempuan.

Umur 18 tahun: bulan Ramadhan....

Mak suruh aku bayar zakat? Kenapa aku? Kenapa tak suruh abang long ? kata mak; abang long kau tu tak balik raya ni. Dia ada final exam. Tolong mak ya. Ayah korang dah takda. Alan dah besar boleh tolong mak kan? Bukan mahu melawan atau membantah. Tapi...Kenapa aku? Kenapa mak tak buat sendiri?
Umur 18 tahun raya korban....
Mak: ni ada kupon dari masjid. Karang dah siap korban boleh amik daging kat masjid. Alan pergi ya!
Alan: mak, nak pergi bila?
Mak: lepas sembahyang ler. Kan korbannya lepas sembahyang...
Alan: nak amik je ke? Nak tolong sekali?
Mak: kene la tolong sekali. Takkan nak tengok je. Tak malu?

Umur 18 tahun: sebulan sebelum masuk universiti...

Hidupkan roadtax kereta? Roadtax motor? Bayar bil elektrik? Bayar bil air? Bayar duit ansuran kereta? Bayar cukai tanah? Maintainance kereta?
mak bagi duit buat semua ni. Tanpa berkata apa-apa mak menoleh dan berlalu pergi. Tergamam. Aku tak tahu macam mana nak buat. Nak hidupkan roadtax dekat mana? Nak bayar bil dekat mana? Menyoroti ibu kembali. Minta ibu temankan. Alan yang buat semua.(takut duit tak cukup)

umur 20 tahun: perkahwinan kakak.......

betul ke? Bagai sebuah kontena menghempap bahu ini. Kakak mendesak aku untuk menjadi walinya dan mahu aku untuk menikahkan suaminya. Kakak kata: akak tau Alan seorang yang betul-betul beriman. Rajin solat malam, selalu imamkan family kita, rajin mengaji. Dan akak tahu Alan tak akan buat perkara-perkara yang bukan-bukan. Akak nak perkahwinan akak ini terjamin. Sebab itu akak pilih Alan. Benar kata kak nita. Tapi mampukah aku memikul beban ini.

..............................................................

Remaja sekarang tidak mengerti bagaimana kemewahan yang dinikmati diperolehi. Mereka mungkin tidak tahu apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka sehingga mereka hidup mewah sebegitu. Tidak berwang tapi sudah berkereta. Tidak berwang tapi sudah berhandphone. Tidak berwang sudah berpacaran. Tidak berwang sudah bernikah. Apa yang mereka lihat hanya kemewahan di depan mata. Tidak pernah tahu apa yang orang tua mereka buat selama mereka hidup. Hidup ini penuh dengan tanggungjawab. Usah lalai dan leka. Makin menigkat usia makin bertambah tanggungajawab. Tanggungjawab yang tidak difahami pada masa kecil dan hanya tahu pada masa tertentu. Ketahuilah tanggungjwabmu dan belajarlah dari orang yang lebih tua darimu. hidup ini tidak semudah disangka.

Sikap tipikal sesetgh 'golongan'

Menyokong dan fanatik terhadap satu2 'pihak' sebelum mengetahui 'segala-galanya'


Menuduh dan mencaci 'pihak2' tertentu sebelum betul2 mengenali 'pihak2' tersebut


Hanya menilai 'sesuatu' daripada 'luaran', dan apa yang didengar daripada sumber kedua yang sudah dimanipulasi tanpa berjumpa terus dengan sumber pertama

Sikap2 sebeginilah yang menjadikan umat Islam berpecah belah, menjadikan Islam susah untuk tegak kembali... Sedangkan Rasulullah sudah berpesan untuk selidik dahulu kebenaran berita tersebut jika disampaikan oleh orang fasiq...... Dan bagi saya jika disampaikan oleh orang beriman sekalipun... saya masih akan selidik dulu kerana orang beriman sekarang pun begitu mudah percaya kata2 orang, dan orang2 beriman pun ramai yang berani menipu tanpa segan silu

Think before u 'act'
Search for the truth
If not u will never obtain the truth
And u will forever be in the mist


P/S: orang yang berbeza akan faham dengan maksud yang berlainan apa yang saya maksudkan, but well bolehlah dikatakan apa2 saja yang korang faham itulah maksud saya huhu

The deeper the well
The harder it is to obtain the water


Friday, June 19, 2009

Arab Saudi ku.. ohh~

Prevent Alstom from building the Haramain Express Railway

Saudi Arabia awarded French company Alstom a multi-million dollar contract for the construction of Haramain Express Railway, to link the holy cities of Makkah and Madina. Alstom is in violation of international law for its part in the construction of the Jerusalem Light Rail, which will link illegal Israeli settlements in the occupied Palestinian territory (including East Jerusalem) with the city of Jerusalem. The construction of the light rail is part of a wider Israeli policy to ethnically cleanse the Palestinians from Jerusalem and turn permanent the illegal occupation of the city.

The decision by the Saudi Arabian authorities is in violation of its own international commitments. The Arab League barred member states from dealing with companies involved in the construction of Jerusalem Light Rail project. The Saudi contract sends a signal of approval for Alstom’s actions in Jerusalem and highlights the lack of integrity of the Haramain project: the Saudi Arabian government has chosen to link two of Islam’s holiest cities by sponsoring the colonization of another.

Across the world a divestment campaign is taking pace against Alstom and its partner company Veolia, with victories in Sweden and France. In 2006, Dutch ASN Bank took the responsible decision to divest from the project. Alstom and Veolia are accused by Palestinian civil society, represented by the BDS National Committee, BNC, of complicity in grave violation of international law and Palestinian rights for their role in the JLR project. Despite the pressure, the two companies have refused to end their participation in the project. With construction at an advanced stage, Alstom and Veolia are guilty of actively colluding with Israeli apartheid.

  1. Write to the Saudi Railway Organization and to the Saudi Arabian diplomatic representation in your country demanding immediate cancellation of the contract with Alstom.

    karni@saudirailways.org (Vice President)
    shafqatrabbani@sro.org.sa (Project Manager)
    salim@sro.org.sa (Project Manager)
    sohail@sro.org.sa (Project Engineer)

    Please bcc us on your correspondence: saudialstomdivestment@gmail.com

  2. Sign the petition: http://www.petitiononline.com/BDSaudi/petition.html
  3. Write about this issue in your local media. Discuss it in your local mosque and community centers. Participate in actions for boycott, divestment and sanctions of Israel.

Find Out More!

The Case Against Veolia and Alstrom:

The Ethnic Cleansing of Palestinians From Jerusalem:

(Sumber : http://palsolidarit y.org/2009/ 06/7054)

Monday, June 15, 2009

A little light of hope



Islam dibenci musuh
dicaci oleh Barat
difitnah oleh Zionist
dihina oleh umatnya sendiri


Namun....
cahaya harapan masih ada
AL-Quran dan sunnah masih hidup di hati2 sebahagian orang2 beriman
Islam masih diamalkan di seluruh dunia


Dunia sedang berubah
Semakin ramai manusia2 yang kembali kepada agama fitrahnya
Semakin ramai yang memahami Islam yang sebenar
Umat Islam sendiri semakin ramai yang sedar


This little light of hope
may it grow one day

Hidup Tanpa Rumah

salam'alayk

moga kita tak bisa terlupa




Thursday, June 11, 2009

Sayang

"Barang siapa membawa kebaikan,
maka dia memperoleh (balasan) yang lebih baik daripadanya,
sedang mereka merasa aman dari kejutan (yang dahsyat) pada hari itu.
Dan barang siapa membawa kejahatan,
maka disungkurkanlah wajah mereka ke dalam neraka. Kamu tidak diberi balasan,
melainkan (setimpal) dengan apa yang telah kamu kerjakan."
An Naml: 89 & 90

Baik = Balasan + Bonus (lebih baik)
Jahat = Balasan


Penyayang tak Penyayang?
Tak bermakna kejahatan kita akan dicover oleh kebaikan ya..
Yang jahat dijauhi. Yang baik pergandakanlah.


Rush

"Manusia diciptakan tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan)-Ku. Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya.
Dan mereka berkata, "Bilakah janji itu (akan datang), jika kamu orang yang benar?"
Seandainya orang kafir itu mengetahui, ketika itu mereka tidak mampu mengelak api neraka dari wajah dan punggung mereka, sedang mereka tidak mendapat pertolongan (tentulah mereka tidak meminta disegerakan).
Sebenarnya (Hari Kiamat) itu akan datang kepada mereka secara tiba-tiba, lalu mereka menjadi panik, maka mereka tidak sanggup menolaknya dan tidak (pula) diberi penangguhan (waktu)."
Al Anbiya': 37 - 40


Manusia memang tergesa-gesa.
Mereka meminta untuk disegerakan hari kebangkitan, kalaulah benar adanya hari itu.
Allah cakap apa?
Nanti Dia akan tunjukkan gak.. Takya nak mintak diawalkan..
Sebab nanti bila sampai masanya, dorang cuak.. takut..
Sebab? tak bersedia.
Masa tu, tak boleh nak mintak tangguh dah.
No next time.
Maka, menyesallah tak sudah..

Kita?
Memang kita sama-sama tergesa-gesa..
Sebab kita pun manusia.
Selalu tak sabar.
Nak cepat. Nak on the spot je kalau boleh.
Tengah hadapi sesuatu, tak sabar je nak habis.
Sedangkan kita tak cukup bersedia untuk hadapinya.
Tak sabar je nak habis belajar. Nak kerja cari duit sendiri.
Bersedia nak hadapi life kerja?
Dulu tak sabar je nak merasa life dewasa.
Dah dewasa menyesal, sebab tak puas feel masa kecik.
Tak sabar nak kawin, tapi betul ke bersedia nak hadapi tanggungjawab yang bakal dipikul?
Usah terlalu tergesa-gesa.
Take your time and think. Bukan feel.
Guna akal dan berfikir akan hari depan.
Jangan sekadar guna hati dan mahu dan mahu lagi hendak.
Ada yang.. tak sabar nak mati.
Letih dah hidup ni.
Mati lagi bagus. Tak da aa hidup lama sangat buat dosa manjang.
Betul dah ready hadapi kematian?

Manusia sentiasa dalam kerugian.
Betul.
(x ingat sapa cerita nih..)
Bila kita muda, kita rugi tak rasa kematangan kedewasaan.
Bila dah tua, rugi kita kehilangan jasad yang muda bertenaga.
Masa hidup, rugi kita tak tahu apa erti kematian dan dunia selepasnya.
Dah mati, menyesal tak sudah sebab rugi tak guna dunia sebaiknya.

Manusia memang nak cepat je semuanya.
Tak sabar nak habiskan apa yang sedang dihadapi.
Tak ambil masa untuk menghayati apa yang sedang dilalui.
Untuk ambil apa-apa yang perlu.
Rasulullah tegur seorang sahabat yang disuruh berapa kali untuk ulang solatnya.
Sebab, dia mencuri dalam solat. Mencuri?
Toma'ninah nye tak sempurna. Nak laju je.
Kita tengok toma'ninah tu.
Setiap rakaat, toma'ninah nya di mana?
Masa kita rukuk, berdiri dan sujud.
Atas, tengah dan bawah.
Jangan kelam kabut.
Amik masa, hayati toma'ninah tu.. Bersama Dia.

Bacaan rukuk dan sujud pun.. sila hayati.
Rukuk, kita sebut al Azim.. yang Maha Agung.. sedar kekerdilan kita.
We bow down to Him.
Sujud, al A'la.. Maha Tinggi.. kita rendah darjatnya sebenarnya...
Kita tundukkan kepala kita serendahnya.
Amik masa dan hayati.
InsyaAllah, mungkin penyumbang khusyu' juga.
Rasulullah pun dalam hadith faymes yang Rasulullah sampai kaki bengkak.
Aisyah r.a. tengok Rasulullah rukuk macam tak nak bangun semula.

Ya, betul.. kita pandang ke depan. Kita nak menuju ke depan.
Tapi kita hidup dalam hari ni. Dan hari depan bergerak balas dengan hari ini.
Kita merancang.
We think about tomorrow, but we act today.
We don't think about today and act tomorrow rite?

Manusia dalam kerugian, kecuali yang berpesan dengan kebaikan dan kesabaran.
Make sure apa yang kita buat hari ni, tiada penyesalan di hari kemudian.
Hadapi dengan kesabaran.
Berpesan. Dalam Quran selalu cakap, "Qul.."
"Katakan.." "Say.."
Ceritakan. Khabarkan. Beritahu mereka.
No regrets. Jangan rugi.


This is for me and you.

Monday, June 1, 2009

Giants problem!!

salam giants2 sekalian. (referring to ALL people, yang Allah bagi nikmat iman dan islam dan ingin berkerja di jalan islam insyaAllah)

di sini ada satu dilema seorang hamba Allah, sila baca dilema yang beliau hadapi dan beri cadangan/ komen mengenai permasalahan ini. kerjasama kalian amat dihargai individu tersebut.

Masalah 1:(maybe next time akan ade masalah 2,3 etc-dan cite diubah kpd sudut pndangan pertama spy lebih realistik tnpa mgubah isi kandungan)

Hari tu aku ade jamuan kelab, g mkn2 kt hotel. then after makan ade segelintir member nak g karaoke kt 'box' berhampiran.dulu aku penah g karaoke sekali, tu pun nyanyi nasyid sbb jiwa aku xleh terima karaoke2 ni yg melalaikan.(tu pun pegi sbb besfren aku cam insist nk gk)
then kali ni aku cam ragu2, sbb aku mmg xske mnda2 cmni. tapi kaki aku bgerak ikut dorang utk karaoke. aku niat, nak tgk2kn perangai kawan2 aku ni spy xlalai sgt or terlalu enjoy sgt. aku xnk nyanyi pun.then aku ikut masuk. org tmpat karaoke tu (cina) usha pelik sbb antara gurlz yg msuk tu ade 3orang yg pkai tudung agk labuh n cm xseswai utk brada di situ(aku n 2org kwn aku yg niat same cm aku)
then ktorang duduk,tgk yg len nyanyi dgn excitednye. surely akan berlaku,aku dipakse nyanyi lagu rancak tapi aku refuse.muktamad.di sebalik lagu2 tu, aku cuba ingat Allah dan berfikir, kawan2 aku ni sgt berbakat dan mcm mana nk guna potensi mereka ni utk islam ye??tapi otak aku xleh nk pkir jauh. then setelah dipujuk, aku nyanyi gk ar skit~tapi sbb rancak sgt aku cam xselesa.b4 nk balik, dorang pun pasang ar lagu kau ilhamku yang mambai punye, cam nk tarik balik hati ktorang yg cm dah 'panas punggung' duk dalam bilik karaoke tuh.lagu ni aku nyanyi.

pastu balik kolej,aku cam rasa xtenang...lagu2 yg dorang nyanyi terngiang2 smpai ganggu aku solat, dan aku fikir-malunya kalau kat padang masyar nanti Allah tunjuk kt semua orang skrin time aku tgh berkaraoke n enjoy!!!!then aku bertaubat....aku xnk msuk lg tmpat tu,iAllah.



SO, ade org cakap kalau nk berdakwah kite kena turun padang tgk ape kwn2 kita buat, n kena jadi ikan di laut(hati xberubah walaupun dok dlm jahiliah) tapi tindakan aku utk niat dakwah cmni myebabkan aku hilang kusyuk n ketenangan.cmne nk buat??xkan nk biar je kwn2 aku tu??


(begitulah.maaf jika cerita mcm exaggerate skit,hee.tapi real story tau.harap kalian dlm bagi pandangan dan selesaikan dilema sahabat ini)