Thursday, June 11, 2009

Rush

"Manusia diciptakan tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan)-Ku. Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya.
Dan mereka berkata, "Bilakah janji itu (akan datang), jika kamu orang yang benar?"
Seandainya orang kafir itu mengetahui, ketika itu mereka tidak mampu mengelak api neraka dari wajah dan punggung mereka, sedang mereka tidak mendapat pertolongan (tentulah mereka tidak meminta disegerakan).
Sebenarnya (Hari Kiamat) itu akan datang kepada mereka secara tiba-tiba, lalu mereka menjadi panik, maka mereka tidak sanggup menolaknya dan tidak (pula) diberi penangguhan (waktu)."
Al Anbiya': 37 - 40


Manusia memang tergesa-gesa.
Mereka meminta untuk disegerakan hari kebangkitan, kalaulah benar adanya hari itu.
Allah cakap apa?
Nanti Dia akan tunjukkan gak.. Takya nak mintak diawalkan..
Sebab nanti bila sampai masanya, dorang cuak.. takut..
Sebab? tak bersedia.
Masa tu, tak boleh nak mintak tangguh dah.
No next time.
Maka, menyesallah tak sudah..

Kita?
Memang kita sama-sama tergesa-gesa..
Sebab kita pun manusia.
Selalu tak sabar.
Nak cepat. Nak on the spot je kalau boleh.
Tengah hadapi sesuatu, tak sabar je nak habis.
Sedangkan kita tak cukup bersedia untuk hadapinya.
Tak sabar je nak habis belajar. Nak kerja cari duit sendiri.
Bersedia nak hadapi life kerja?
Dulu tak sabar je nak merasa life dewasa.
Dah dewasa menyesal, sebab tak puas feel masa kecik.
Tak sabar nak kawin, tapi betul ke bersedia nak hadapi tanggungjawab yang bakal dipikul?
Usah terlalu tergesa-gesa.
Take your time and think. Bukan feel.
Guna akal dan berfikir akan hari depan.
Jangan sekadar guna hati dan mahu dan mahu lagi hendak.
Ada yang.. tak sabar nak mati.
Letih dah hidup ni.
Mati lagi bagus. Tak da aa hidup lama sangat buat dosa manjang.
Betul dah ready hadapi kematian?

Manusia sentiasa dalam kerugian.
Betul.
(x ingat sapa cerita nih..)
Bila kita muda, kita rugi tak rasa kematangan kedewasaan.
Bila dah tua, rugi kita kehilangan jasad yang muda bertenaga.
Masa hidup, rugi kita tak tahu apa erti kematian dan dunia selepasnya.
Dah mati, menyesal tak sudah sebab rugi tak guna dunia sebaiknya.

Manusia memang nak cepat je semuanya.
Tak sabar nak habiskan apa yang sedang dihadapi.
Tak ambil masa untuk menghayati apa yang sedang dilalui.
Untuk ambil apa-apa yang perlu.
Rasulullah tegur seorang sahabat yang disuruh berapa kali untuk ulang solatnya.
Sebab, dia mencuri dalam solat. Mencuri?
Toma'ninah nye tak sempurna. Nak laju je.
Kita tengok toma'ninah tu.
Setiap rakaat, toma'ninah nya di mana?
Masa kita rukuk, berdiri dan sujud.
Atas, tengah dan bawah.
Jangan kelam kabut.
Amik masa, hayati toma'ninah tu.. Bersama Dia.

Bacaan rukuk dan sujud pun.. sila hayati.
Rukuk, kita sebut al Azim.. yang Maha Agung.. sedar kekerdilan kita.
We bow down to Him.
Sujud, al A'la.. Maha Tinggi.. kita rendah darjatnya sebenarnya...
Kita tundukkan kepala kita serendahnya.
Amik masa dan hayati.
InsyaAllah, mungkin penyumbang khusyu' juga.
Rasulullah pun dalam hadith faymes yang Rasulullah sampai kaki bengkak.
Aisyah r.a. tengok Rasulullah rukuk macam tak nak bangun semula.

Ya, betul.. kita pandang ke depan. Kita nak menuju ke depan.
Tapi kita hidup dalam hari ni. Dan hari depan bergerak balas dengan hari ini.
Kita merancang.
We think about tomorrow, but we act today.
We don't think about today and act tomorrow rite?

Manusia dalam kerugian, kecuali yang berpesan dengan kebaikan dan kesabaran.
Make sure apa yang kita buat hari ni, tiada penyesalan di hari kemudian.
Hadapi dengan kesabaran.
Berpesan. Dalam Quran selalu cakap, "Qul.."
"Katakan.." "Say.."
Ceritakan. Khabarkan. Beritahu mereka.
No regrets. Jangan rugi.


This is for me and you.

No comments:

Post a Comment