Tuesday, June 23, 2009

Kembali

Kita kembali berbincang tentang sesuatu yang sering menjadi perbincangan.
Tapi mungkin sering kali dilupakan.
Iaitu atas suatu tujuan.
Tujuan penciptaan.

Sering kali, dan juga kini, ayat ini menjadi hidangan.
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia,
melainkan untuk beribadah kepadaKu"
Adz Dzariyat, ayat 56.
Kiranya anda belajar Malay A1 dalam IB, ataupun mana-mana aliran sastera,
anda mungkin biasa dengan istilah koreksi.
Dan gunanya adalah untuk menegaskan sesuatu.
Sepertimana ayatnya,
Manusia dan jin tidak akan diciptakan, melainkan untuk beribadah kepada Allah.
Kalau bukan untuk beribadah, kita tak akan diciptakan.
Tegasnya, itulah hakikat.

Sepertimana mesin basuh sebagai misalan,
tidak akan tercipta mesin basuh melainkan untuk membasuh pakaian.
Itu tujuan penciptaan mesin basuh.
Dan manusia?
Untuk beribadah kepada Allah.
Di sini, mari kita pandang terma ibadah itu pada satu skop yang lebih luas.
Ibadah itu bukan hanya bermakna kita berzikir, bersolat, puasa dan sebagainya sepanjang hidup kita. Bukan itu yang diinginkan.
Sepertimana juga mesin basuh yang ada banyak jenamanya,
pasti ada jenama yang cukup mantap, yang sentiasa menjadi saingan syarikat-syarikat pembuat mesin basuh sekalian yang menjadi seolah-olah benchmark mereka.
Manusia, siapa?
Rasulullah pastinya.
Insan kamil lagi terbaik yang menjadi teladan seluruh umat manusia, sepatutnya.

Teliti cara hidup Rasulullah, semestinya kita sedar,
hidup baginda bukan hanya pada puasa dan solatnya.
Baginda tetap berniaga, seperti kita sekarang.
Tetap bergurau senda, seperti kita sekarang.
Tetap berpolitik dan sebagainya, seperti juga kita sekarang.
Maka, andai kiranya kita memahami ibadah itu adalah berzikir dan solat sepanjang hari,
apakah Rasulullah telah mengabaikan tujuan penciptaannya sebagai manusia?
Tidak, semestinya.

Ibadah itu adalah ibadah apabila menepati dua syarat.
Niatnya kerana Allah, dan perbuatannya berlandaskan syara'.
Bertani, berniaga, berhibur, itu benda biasa manusia buat.
Sejak dari dulu. Yang membezakan adalah dua ini: niat dan cara.
Buatlah apa sekalipun, biarkan dua ini menjadi terasnya,
menepati tujuan penciptaan kita.
Kalau tak, kita takkan diwujudkan pun di dunia ni.

Mesin basuh juga,
pastinya dilengkapi macam-macam bahagian dan peralatan supaya ia dapat berfungsi,
sesuai dengan penciptaannya, demi membasuh baju.
Ada motor pemutar, memusingkan baju yang kotor bersama air sabunnya.
Ada hos air, untuk drain air tu.

Manusia, apa kelengkapannya?
Banyak tempat dalam Quran menyebut, kelengkapan yang diberi pada manusia,
sesuai dengan penciptaannya.
Apa kelengkapannya?
Sam'a wal absor wal af'idah.
(maaf, ada yang berpendapat tak patut arabic ditulis sebegini dalam rumi. saya tak pasti)
Dalam al Mulk umpamanya, ayat 23.

Katakanlah, "Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan
pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu.
(Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."

3 perkara.
Dengar, lihat, rasa atau fahami.
3 kelengkapan yang sepatutnya cukup untuk kita menjadi manusia.
Dengarkan ayat-ayat, juga bunyi-bunyian alam.
Lihat apa saja yang tercipta.
Hati? Fahami dan ini kunci utama yang menghubungkan kita dengan Dia.
Fahami Dia. Apa kesukaan-Nya. Apa yang dibenci.
Dan bertindak seperti yang difahami. Itu tindakan.
Niat, terbitnya dari hati.
Dan dengan telinga dan mata, semestinya hati mampu tersentuh dengan kehebatan Dia, betul?
Dua ini pintu kepada hati.
Dan dua pintu ini jugalah yang menjadi tempat masuk segala yang lain,
maka semestinya diawasi.
Safeguard.
Jaga.
Bilamana 3 kelengkapan tak digunakan,
maka gagallah fungsi asal ciptaannya.
Motor pemutar tak berpusing, masakan baju akan bersih sesempurna mungkin?
Drainer tersumbat, baju tetaplah bergelumang dalam air penuh kotoran.
Mesin basuh yang faulty.
Atau, kelengkapan itu digunakan untuk sesuatu yang lain.
Entah dari mana, rasanya pernah dengar ada orang guna mesin basuh untuk uli tepung.
Andai betul, maka mesin basuh bukan lagi mesin basuh.
Mesin basuh jadi mesin penguli tepung.

Manusia?
Ayat yang biasa didengar.
"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam
banyak dari kalangan jin dan manusia.
Mereka memiliki hati,
tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)
dan mereka memiliki mata
(tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan
mereka mempunyai telinga
(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah).
Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lengah."
Al A'raf: 179

Andai tiga benda tak digunakan dengan sepatutnya, manusia bukan manusia.
Bagaikan binatang ternak, bahkan lebih sesat.
Lebih teruk dari binatang.
Manusia bukan manusia lagi.

Ayat 23 Al Mulk di atas, diakhiri dengan "sedikit sekali mereka bersyukur".
Betul? Mungkin atas sebab inilah, kita bagaikan binatang.
Tak menggunakan kurniaan Allah pada tempatnya.
Tanda syukur, ialah gunakan apa yang diberi, seperti tujuan penciptaannya.
Guna untuk lain, itu zalim.
Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Zalim pada Dia, kerna tak meletakkan Dia dalam niat,
sekaligus, zalim pada diri, kerna tak meletakkan diri sesuai dengan penciptaan asal.

Dan layaknya penciptaan yang faulty, cuba untuk dibaiki.
Mesin basuh yang rosak, diberi peluang untuk dibaiki.
Tak boleh, dumpster. Atau mungkin kilang besi buruk?
Manusia, peluang banyak untuk baiki diri.
Selagi nyawa dikandung badan.
Tak boleh? Tak sempat? Atau tak guna kesempatan?
Neraka. Itu tempat layaknya untuk ciptaan rosak.

Menyentuh soal syukur,
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu,
tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),
maka pasti azab-Ku amat berat."
Ibrahim : 7
Ingkar = azab.
Itu layaknya.
Syukur = more nikmat to come.
Itu layaknya.

Kita kembali pada apa yang asasnya hidup ini.
Kembali pada tujuan. Kembali pada satu pengertian.
Erti menjadi manusia.

No comments:

Post a Comment