Monday, March 23, 2009

YaAllah,pilihlah aku...



*Sempena memperingati tahun kelima kematian As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin-22 Mac 2004*


I
"Andai Israel membunuhku,akan muncul lebih ramai Ahmad Yassin yang akan bangkit untuk menggantikanku..."-Syeikh Ahmad Yassin-


Feb 2009:"Masmuka?"

"Ismu Ahmad Yassin,"balas seorang kanak-kanak kecil berdarah Palestin sambil tersenyum.


II

Di sebuah tadika di Palestin,tahun 2009 selepas serangan Isreal ke atas umat Islam di Semenanjung Gaza. Genjatan senjata baru bermula, keadaan agak tenang sedikit. Kelas Bahasa Ingeris.
"Children, what does letter A stands for?"tanya seorang guru.Hampir keseluruhan kelas menjawab,"APACHE".
Belum habis rasa terkejut pada guru tersebut, kanak-kanak itu juga turut mengaitkan letter F dengan 'F-16', jet milik Israel yang turut membedil tanah air mereka.


..........

Apa kaitan kedua-dua cerita di atas?


Kisahnya,pemimpin agung Hamas telah mati syahid pada pagi subuh 22 Mac 2004 setelah peluru berpandu Israel tepat dihalakan kearahnya sehingga menyebabkan jasadnya hancur, kecuali kepala beliau. Sesungguhnya ia adalah pagi subuh yang bersejarah,kerana para pencinta jihad dan seluruh rakyat Palestin diselimuti rasa sedih namun peristiwa ini telah membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang demi Islam.Akhirnya beliau kembali bertemu dengan Allah, dan mati syahid adalah impian setiap pejuang Islam. Ambillah pengajaran daripada kisah hidup Syeikh Ahmad Yassin, kerana dirinya begitu cekal ketika berjuang,walaupun di atas kerusi roda dan sering mengalami masalah kesihatan.


"Orang-orang yang tenggelam dalam maksiat dan dosa tidak layak untuk bersama-sama memperjuangkan isu umat ini. Mereka juga tidak layak untuk bertempur dengan musuh-musuh mereka"-Syeikh Ahmad Yassin.


Mati syahid. Bukan pilihan kita.


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan memperoleh syurga. Mereka berjuang pada jalan Allah,maka di antara mereka ada yang membunuh dan terbunuh,sebagai janji yang benar dari Allah dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."(At Taubah,9:111)



Sejauh mana kita telah berjuang untuk Islam? Ya, ramai yang teringin untuk mati syahid namun apakah keistimewaan kita sehingga Allah pilih kita untuk menjadi syuhada?



~Sentiasalah berusaha demi Islam. Majukan diri, kelak majukan orang di sekeliling. Ubah dirimu, kemudian serulah yang lain.~

2 comments:

  1. Sedikit kelas bahasa arab
    masmuka / ma ismuka = apa nama kamu
    ismu /ismi = nama saya

    ;)

    ReplyDelete