Tuesday, March 24, 2009

assobaru minal iman.....

Sabar

Apabila berbicara mengenai sabar dan kesabaran, umum mengetahui bahawa kesabaran itu ada hadnya dan ianya mempunyai tahapan.

Umum juga tahu bahawa kesabaran adalah sifat mahmudah yang disukai oleh Allah. Bahkan di dalam kebanyakkan ayat-ayat Al-Quran juga banyak menyentuh mengenai sabar. Sabar ketika diuji. Sabar ketika ditimpa musibah dan kecelakaan.

Tidak lupa juga Allah menekankan sabar ketika kita beribadah. Kenapa sedemikian rupa Allah memerintahkan kita supaya sabar?

Beribadah kepada Allah merupakan perkara yang paling sukar dilaksanakan oleh manusia melainkan dia seorang yang benar-benar beriman dan bertakwa. Lihat sajalah masyarakat dikala ini, penuh dengan pancaroba dan halangan yang menarik kita ke arah yang bertentangan dengan jalan kebenaran. Ditambah pula dengan bujukan syaitan maka semakin hanyutlah manusia.

Lima minit membaca Quran dianggap membuang masa berbanding lima minit membaca ‘Ujang’. Alasan yang diberi hanya untuk menghibur hati yang lara.

Berzikir sebentar selepas solat menjadi berat kerana ada urusan yang dunia yang didahulukan.

Memakai eksesori tambahan untuk menutup aurat membuang masa kerana mahu meng’cat’ muka untuk tarikan orang awam.

Solat selaju pelari pecut Usain Bolt sekadar untuk melepaskan tanggungjawab.

Teragak-agak untuk menderma kerana takut ‘cash flow’ bulanan sangkut.

Manusia mungkin boleh untuk bersabar apabila dia diuji akan tetapi sukar baginya untuk melaksanakan sesuatu itu dengan tekun dan sabar kerana kebanyakkan kita mahu melihat hasilnya dengan kadar segera. Walhal, apabila bersabar hasilnya berlipat kali ganda daripada hasil yang diperoleh dalam masa yang singkat.
Lihat sahaja seorang petani. Jika dia menanam kacang atau ubi, hasil yang diperolah tidak seberapa apabila menuai ketika usianya tidak cukup dan berbeza dengan petani yang menuai setelah cukup tempohnya.

Marilah kita mencontohi Nabi junjungan kita, Muhammad, yang banyak menunjukkan contoh tauladan yang baik. Di atas kesabaran bagindalah Islam berkembang bagai bunga yang mekar…Islam sampai ke mana-mana sahaja…musuh-musuh hormat kepada baginda… kota Yasrib bertukar kepada kota yang bercahaya…umat manusia bersaudara…Islam mula disegani…

Semua yang berlaku adalah berdasarkan kesabaran dan ketekunan yang ada pada diri Rasullah. Akan tetapi Muhammad itu juga adalah insan biasa seperti kita, makanya tidak mustahil bagi kita untuk menjadi seperti baginda.
Wallahua’lam…..

1 comment:

  1. It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
    Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.

    ReplyDelete