Monday, March 16, 2009

Ansorullah

Kita takkan jadi Rasulullah..
Kita takkan lari dari buat dosa.
Usaha kita pun, mana mungkin menyamai hebatnya Rasul.
Kita hanya insan biasa.. Sedang Rasul insan terpilih.

Tapi kita tetap boleh jadi Ansorullah.
Pembantu agama Allah.
Persoalan: Allah Maha Hebat. Dia serba sempurna. Dia yang Terbaik.
Mengapa perlu pembantu? Kenapa?

Let's look at it this way.
Andai seorang Sultan, Raja negara kita, meminta kita membantunya, biarpun sekadar menggosok baju. Biarpun sekadar bawak keretanya. Sekadar memasak, sebagai chef diraja..
Bangga tak?
Sure best. Walaupun benda kecik.
Walaupun boleh je Sultan tu drive sendiri.
Boleh je dia gosok baju sendiri.
Mampu je belajar masak sendiri, masak untuk diri sendiri.
Tapi kita rasa best dapat tolong.
Kerana apa?
Kerana dia Sultan. Orang pandang kita cam best.
"Aku Chef Diraja. Ari2 masak kari untuk Sultan."
"huaaa.. cam best.. sure gaji mantap.. best aa ko".
Kita semacam satu darjat lagi tinggi dari orang lain.
Kerana kita jadi pembantu Sultan.
Gaji pon sure cam spesel je.. sbb dari Sultan.

Jadi, dengan Sultan, sungguh bangga kita, mengapa tidak dengan Allah?
jadi pembantu agama Allah, meletakkan kita satu darjat lebih tinggi dari makhluk lain.
Dia beri kita akal untuk itu. Dia tundukkan makhluk lain kepada kita untuk itu.
Dia beri penghargaan kepada kita.
Tanpa penghargaan itu, kita hanya makhluk, sekadar makhluk.
Tiada beza dengan beruk dan khinzir.
Tiada beza. Kerana akal itu diberi untuk kita menjadi pembantu agama Allah.
Tidak menggunakan akal sewajarnya, maka apa bezanya kita dengan makhluk lainnya?

Persoalan: Awat asyik analogikan Allah dengan Sultan?
Kerana Allah itu Al Malik. Raja segala Raja. Pemerintah teragung.
Jadi dengan Sultan kepada manusia yang sedikit itu, cukup dipandang tinggi,
bagaimana pandangan kita terhadap Sultan sekalian alam?
Sultan yang sentiasa keep track progress hamba-hambanya.
Setiap gerak geri makhluk di bawah pemerintahannya.
Berbanding Sultan manusia yang cukup banyak kelemahannya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Mariam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah," lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang yang menang"
-As Saff: 14-

Maka, ingin kita bertanya kepada semua dan diri sendiri,
"Siapakah antara kita yang akan menjadi Ansorullah?"
Masing-masing, jawablah dengan hati.

No comments:

Post a Comment