Monday, March 16, 2009

Islam = the way of life (1) 'brief info'

Anda islam?
Adakah anda seorang muslim? mukmin?
Apakah islam?
Masih kabur?
Ingin mencari?
Dan dicari?

satu perumpamaan diberikan...

Kita belajar BIO, CHEM, PHYSICS,MATH dan lain-lain lagi
Tak kira SPM, IB, A-Level, sukatan dan silibus telah ditetapkan
Apa yang perlu dipelajari adalah sama bagi setiap pelajar
Kenapa pelbagai buku rujukan ada dipasaran?
Tak boleh satu buku rujukan je ke bagi setiap subjek?
Kan ke lebih mudah?
Lebih seragam?
Buku-buku nota ringkas dan padat
Berlambak di pasaran
Ada yang lebih bagus
Nota sendiri menjadi sumber rujukan
Isi-isi penting diekstrak dengan gaya-gaya tersendiri
Kenapa ye? satu buku suda...'tak cukup ker?'
Tetapi kenapa tidak?
Nota ringkas dan padat - lebih jelas
IB study guide (bagi pelajar IB) - menjadi 'guide'
Semuanya untuk memudahkan pelajar
Memahami dengan lebih jelas
Lebih mantap

ISLAM?

Manusia tidak akan rosak dan binasa melainkan berpegang kepada dua perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Tidak cukupkah hanya berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah semata-mata?
Bukan cukup atau tidak menjadi persoalannya..

Mari kita mengenali dahulu apakah itu Usul 20
Usul 20 disusun oleh Imam Hassan Al-Banna
Guide yang baik
Ringkas dan padat bagi umat islam
Supaya lebih FAHAM
1 kefahaman yang sama
Faham yang membuahkan hasil

Dahulu
Mesir dijajah pemikiran dan kerajaan, pemikiran dibaratkan
Banyaknya berlaku perpecahan mazhab fiq, bid'ah dan khurafat
Masyarakat banyak membincangkan perkara yang tidak melahirkan amal
Islam terpinggir, hanya laksanakan ibadat-ibadat tertentu
Islam hanya diambil sebahagian-sebahagian yang dirasakan boleh 'ngam' dengan mereka
Masyarakat jahil dengan KONSEP ISLAM SEBAGAI SISTEM HIDUP
Keadaan pada masa dahulu macam sama sahaja dengan sekarang?
Tak gitu?

Maka Imam Hassan Al-Banna menyusun 20 dasar-dasar islam
bagi mengembalikan masyarakat kepada aqidah yang sah
konsep ajaran islam yang sebenarnya
menjelaskan perkara asas yang menjadi pegangan manusia dalam hubungan dengan Allah dan makhluk

Nantikan post seterusnya...
(^_^)

No comments:

Post a Comment