Monday, March 16, 2009

Jasad dan Ruh II

continued from here

Sorry for the long delay..
huhu...

jadi, berbalik kepada persoalan post yang lepas.
Telah kita fahami (sepatutnya), bahawa hakikat kita hidup ini adalah sebagai roh, dan perlunya jasad itu seperti satu sut robot yang memungkinkan kita wujud di dunia ini dan berbuat sesuatu sesuai dengan penciptaan kita.
Maka, apakah tujuan penciptaan itu?

Jasad itu hanyalah sebagai host kepada ruh kita untuk hidup di dunia ini, dan semestinya apa yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang ruh mahu (dari sudut ikhtiarnya lah..)..
Apa yang diingini ruh, jasad akan bergerak sesuai dengan kemahuan ruh.

Dan, apa pula tujuan ruh itu diciptakan?
Kehidupan ruh ini bukannya pendek, berbanding dengan jasad.
Dari alam ruh, masuk ke dalam jasad masa di alam rahim.. lepas tu alam dunia fana ni..
selesai kat situ, jasad dah habis, ruh kekal dan melangkah ke alam barzakh dan akhirnya alam akhirat yang entah berapa lama. Usah dibayangkan.
Maka, dari situ sendiri kita dah nampak hala tuju ruh kan?
Destinasi sudah pasti ada dua. Bebas untuk kita memilih yang mana.
Tapi sudah semestinya kita mahukan yang baik kan?
Fitrah manusia inginkan kebaikan.
Beli buah, semestinya kita mencari epal yang terbaik untuk dimakan.
Cari pasangan, sudah semestinya mencari si dia yang terbaik menjadi teman hidup sepanjang kat dunia ni, betul?
Dia juga sentiasa mahukan yang terbaik buat kita.
Dan dengan itu dia utuskan manusia terbaik untuk ikutan.
Supaya kita menuju yang terbaik.

Maka, jalan yang terbaik itu apa?
Semestinya jalan menuju yang paling sempurna, yang terbaik dari yang terbaik.
Jalan menuju Ilahi.

Kiranya, andai ruh mahukan yang terbaik, semestinya dia akan mengambil jalan ini.
Allah telah bersumpah dengan buah Tin dan Zaitun, dengan Gunung Sinai bahawa manusia diciptakan jadi yang terbaik. Kita memang terbaik~!
Tapi kemudian dikembalikan menjadi yang sehina-hinanya.
Melainkan yang beriman.
Dah diberi pangkat yang begitu tinggi, nak ke kita turun ke sehina-hina tempat semula?
Jalannya jelas. Kita mahu yang terbaik.

Maka, andai ruh mahukan yang terbaik itu, semestinya dia memastikan jasadnya itu terbaik juga, dan pastikan juga jasad itu digunakan untuk yang terbaik.
Memastikan jasad itu, cukup terbaik hingga mampu untuk membawa ruh menuju yang terbaik.

Pertimbangkan situasi ni.
Datuk A dan B, dapat jemputan untuk mengadap sultan.
Memanglaa excited dua makhluk ni..
Datuk A pun dengan serta merta pi basuh kereta. Polish bukan main..
Boleh jadi cermin la kiranya.. Sibuk sangat ngan kereta tu, lupa plak nak beli baju melayu yang mantap aa kiranya. Dah tu, tak sempat nak gosok lak tu..
Datuk B ni lak, sonok je terus pergi terkam kedai tukang jahit.. suruh jahit baju melayu yang abes terbaik aa.. songkok make sure takda debu langsung.
Perfume, make sure tak busuk nanti. Preparation abes mantap aa..
Kereta, cukup lah untuk bawak pi istana.

Jadi, bila mengadap sultan, siapa yang huduh?
Datuk A yang sibuk dengan kereta dia, sedangkan kereta tu tinggal kat luar istana gak.
Mana boleh nak bawak masuk kereta dalam istana. Dengan baju berkedut-kedut.. Huduh abes aa.. Berpotensi tinggi nak kene halau keluar dari istana.
Datuk B lak, biarlah kereta dia kat luar tu. Yang penting aku masuk bergaya.
Sultan pun suka. Wangi je. Senyum lebar je menerima kedatangan si Datuk B ni..

Maka, anggapkan kereta tu Jasad. Dan kita, semestinya dari awal lagi dah cerita adalah Ruh.
Apa sebenarnya yang mahu kita bawa, dan apa yang perlu kita tinggalkan dalam nak mengadap "Sultan" tu nanti?

Kadang-kadang kita terlau memikirkan sesuatu, sedangkan kita sebenarnya akhirnya akan tinggalkan benda tu. Memikirkan kecantikan jasad semata-mata, sedangkan ruh itu tetap huduh. Sedangkan jasad itu hanya berumur sekitar 60 ke 70 tahun, ruh pula, entah sampai bila.
Kerana apa? Kerana jasad tetap mengikut ruh. Dan apa yang ruh mahu, apakah kecantikan jasad semata-mata?
Andai ruh mahukan jasad itu cantik dan lawa, maka hatinya berdetik mahukan baju dan penampilan yang begitu mantap. Andai ruh mahu ruh itu sihat, segar dan hidup, maka hatinya akan tercetus mahu makan yang cukup bagus dan terbaik supaya jasad itu mampu untuk membawa ruh ke arah ibadah yang cukup best..

Jadi, kesimpulan, sila buat sendiri.
Tepuk dada sendiri. Tanya pada hati. Tanya pada jiwa.
Pegang tangan, kaki, dan jasad seluruhnya, lalu tanyakan.
Apa jasad dah buat? Apa ruh dapat?
Tanyakan.

"Wahai anak cucu Adam!
Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu.
Tetapi pakaian taqwa, itulah yang lebih baik.
Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat."
-Al A'raf: 26-

p/s: Jangan tunggu "kereta" dah outdated baru nak mula perjalanan mengadap "Sultan"..
takut asyik rosak-rosak tengah jalan, tak sempat sampai pulak nanti..

No comments:

Post a Comment