Sunday, March 29, 2009

Hantu versus Allah

Earth Hour

Saat2 di mana kita kononnya menyayangi bumi dengan menutup lampu selama sejam

Dengan membiarkan kipas, air cond, laptop dan TV terbuka

Walaupun orang-orang US lah yang paling menyuarakan berkaitan global warming

Hakikatnya di negara merekalah lapizan ozon paling nipis di dunia berlaku (Arizona x silap)

"Dan apabila dikatakan kepada mereka (orang-orang kafir), "Janganlah berbuat kerosakan di muka bumi!" Mereka menjawab, "Sesungguhnya kamilah orang-orang yang membuat perbaikan. Ingatlah sesungguhnya merekalah yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari" (Al-Baqarah 2:11-12)

Apa kaitan earth hour dengan hantu dan Allah?

Mari kita tengok situasi ni ekk

Nak dijadikan cerita, time tengah2 tutup lampu (walaupun belum lg earth hour, semangat 'menyokong'kan) tiba2 terdengar suatu bunyi getaran.....

Rupa2nya dapat mesej, mesej tersebu berbunyi....

"time earth hour kumpul kat court tenis, bwk fud" (no penolong class rep)


apakah, merepek betul diorg ni haha, tp cam menarik gak..

So kitorg pun kumpul arr (tapi buat kat court volleyball, tenis gelap sgt), siap ada lilin2 lagi, candlelight mode plak

Yang al-kisahnya....

Tengah sembang2 dan makan2 tu...

Tiba2 ada budak perempuan tunjuk ke arah belakang kitorg...

Dia tanya tu sape, sebab dia kata 'benda' tu jalan dekat pastu duduk bercangkung kat bawah pokok tuh x gerak2 sambil pandang kitorang

Kitorang sumer pun pandang arr kepada lembaga tu...

Dia still x bergerak...

Kitorg menjerit...

Tiada perubahan....

Suasana tiba-tiba menjadi seram...

Ada yang cuba nak ambil gambar dari jauh nak tengok benda tu apa, tapi gagal disebabkan kegelapan malam yang menelan cahaya dari flash kamera....

Semua orang tiba2 menjadi cuak termasuk wandog yg akhirnya berdiri dan berkata "Cuak b****h aku"

Disebabkan saya berada di sebelahnya.... maka saya pun terjangkit sikit ar kecuakan dia (hampehs -_-")

Disebabkan sangat yakin itu bukan hantu (bosan giler hantu duduk bercangkung dengan bentuk manusia, dari arah Dewan Selera plak tu... Lagipun saya memang bukan jenis yang boleh melihat makhluk-makhluk cam jin ni )

Saya dan beberapa orang lelaki sejati lain pun pergi mendekati lembaga tu...

Dia masih x bergerak

Kemudian class rep (Ale) mengatakan, "Hekeleh Meno, pakai hood", kamera sekali lagi cuba menangkap gambar lembaga tersebut, dari flash yang keluar saya dapat lihat dengan jelas lembaga itu bermuka putih....




(Lembaga bermuka putih)

Apakah2?

Kemudian Ale dan sorg lagi ntah sape (sori lupa...) pergi ke lembaga tersebut dan menangkapnya

Yes hantu berjaya ditangkap ;)

Dan ditarik ke arah ada lampu sikit serta bergambar bersama-sama dengannya

Rupa2nya makhluk bergelar 'Meno' tuh memakai topeng

patut ar nampak putih

hampeh..

kan dah tecuak sikit....


So... apa kesimpulannya?

Sebagai umat Islam kita sangat takut kepada hantu

Kalau terlewat solat?

Kalau menunjukkan aurat?

Kalau mengumpat cikgu?

Pedulik apa....

Jadi siapakah yang kita takut?

HANTU!

Allah?

Mesti arr takut gak

Itulah kata-kata yang akan keluar dari mulut kita, walaupun tindakan kita langsung tidak membenarkan kata-kata itu....

cuba cakap ada hantu kat blkg ko time malam2, knfm akan tercuak, kalo cakap Allah tengah pandang, pedulik apa kan

"Jika berdiri bulu roma seseorang kerana takut pada Allah, maka akan berguguran dosa-dosa daripadanya bagaikan gugurnya daun dari pokok yang kering"
-Riwayat Baihaqi-


Teringat ceramah yang pernah disampaikan di surau rumah saya

"Filem-filem sekarang ni banyak sangat pasal hantu-hantu dan tahyul, puchong lah, jangan pandang belakang, pontianak dan lain-lain. Kesannya anak-anak kita takut kepada hantu, bukan kepada Allah!"



Itulah yang nak diceritakan, dari earth hour kepada kita lebih takutkan hantu daripada Allah...

Apakah itu hantu?

Hantu itu jelmaan Jin

Apakah itu jin?

Senang citernya ianya makhluk Allah Jika nak diceritakan secara detail sifat-sifat diorang, jenis-jenis diorang tempat tinggal dan makanan diorang memerlukan ceramah berjam-jam..

Apakah pula Allah?

Allah itu yang Maha Berkuasa, Pencipta kita, Yang Maha Melihat setiap perilaku dan tindak tanduk kita, yang kita hidup semata-mata untuknya, yang akan memberi ganjaran untuk kerja-kerja baik kita dan mengazab kita untuk keingkaran kita kepadNya

Jadi kenapa kita perlu takut sangat kepada hantu berbanding Allah yang menciptakannya?

Allah dah mengajar kita ayat-kursi yang boleh melindungi kita daripada Jin Mengajar kita 3 Qul yang boleh melindungi daripada niat-niat jahat makhluknya, termasuk jin

Jadi kenapa kita masih perlu takut kepada jin?

Hasbiyallahu wa ni'mal wakil (Cukuplah Allah saja untukku, sebaik-baik penolong, sebaik-baik pelindung)

4 comments:

  1. Amiinnnn...

    Doa bakal protaz cam saudara insyaAllah dimakbulkan....

    ReplyDelete
  2. good connection between earth hour n hantu... haha~ btw tahniah diucapkan kepade hero2 dlm entry nih.. hoho~

    ReplyDelete
  3. hahah 'UNSW rider', macho giler nama korg :P

    ReplyDelete