Friday, April 3, 2009

Bagaimanakah Akhlak Kita?

Kita berkata-kata berkaitan Islam

Memberi 1001 dalil di dalam ucapan kita

Tetapi kenapa semasa ada majlis ilmu yang ‘tidak berkaitan’ dengan kita

Kita boleh jalan-jalan atau baring-baring?

Bersembang-sembang semasa ceramah diadakan

Seolah-olah kita ini sudah begitu berilmu

Sehingga tidak perlu untuk mendengar ceramah tersebut

Seolah-olah apa yang dikatakan oleh penceramah itu suatu yang membosankan

Seolah-olah majlis ilmu itu bukan merupakan salah satu taman-taman syurga

Jikalau betul pun kerahmatan Allah ditarik daripada majlis ilmu tersebut

Puncanya adalah KITA!

Yang nampak kononnya menegakkan Islam

Yang selalu menjadi imam di hadapan

Yang sibuk memperjuangkan dan berucap berkaitan Islam

Tetapi apabila apabila majlis ilmu yang tidak berkaitan dengan kita?

Ceramah

Ta’alim oleh Tabligh

Malahan program-program Islam di Dewan Besar

Kita boleh dengan sesuka hatinya tidak datang!

Dengan mengatakan ianya membosankan

Ataupun x best

Inikah sikap orang-orang yang perasan ingin menegakkan Islam?

Adakah Islam akan menang di tangan kita?

Jika beginilah sikap kita kepada Muslim yang lain?

Jika beginilah sikap kita kepada Nur Allah?

Jika beginilah sikap kita kepada peringatan yang diberikan

Sedangkan sudah jelas di dalam Al-Quran

“Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna untuk orang-orang beriman”

(Ad-dzariyat 51:55)

Tanyalah diri sendiri

Apakah yang kita perjuangkan?

Kita memperjuangkan perjuangan kita

Ataupun memperjuangkan Islam?

Ataupun kita sebenarnya

Masih belum betul-betul memahami apakah Islam itu sendiri

Apakah ciri-ciri seorang Muslim

Bagaimanakah sepatutnya akhlak seorang Muslim

Ya…

Akhlak…

Itulah kekurangan utama pejuang-pejuang Islam sekarang

Yang menjadikan punca pergaduhan sesama kita

Yang menjadikan orang Islam sendiri membenci kita

Yang menjadikan perjuangan kita berbeza daripada Rasulullah

Yang menjadi penghalang utama

Daripada dakwah kita sampai kepada hati-hati mad’u

Sabda Rasulullah S.A.W

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk membaiki akhlak manusia”

“Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya”

Perbaikilah akhlak

Sesungguhnya akhlak itu antara 3 cabang utama Islam

No comments:

Post a Comment