Saturday, April 4, 2009

Diari 2009 (I)

*ni bukan ditulis oleh ku.. ditulis oleh Joey.. heh.. dia refuse untuk post atas account sndiri..
menarik gila~! ada sampai 6.. maka harapnya setia membaca..

Diari 2009- Perlembagaan MASA

Adergh… sakitnya belakang. Perjalanan 3 jam dari Melaka memang memenatkan terutama kepada yang memandu huhu (^_^)

Akhirnya sampai jugak KMB. Jaulah kali ni macam agak lama (memang lama pun). Daripada awal lagi aku dah simpan niat untuk memastikan aku menjadi tetamu buat seisi keluarga bukan tetamu kawan aku jer. Alhamdulillah, berjaya.. cuma satu lah, homework memang tak dapat disiapkan langsung. Nak diceritakan keseluruhan pengalaman memang sangat banyak. So, aku ambik yang paling memberi kesan terhadap pembaca.

Memula sampai rumah, takder pape yang boleh dilakukan since kitorang sampai pun dah maghrib. So, aku ajak la kawan aku solat jemaah. There, it is, tak sangka lak mak dia jenguk dalam bilik dan Nampak kami solat jemaah.
Malam tu, aku dikenalkan dengan a few of family members diorang. Mak, ayah, nenek belah mak dan adik dia.

Nak dipendekkan cerita, ada satu petang tu, kitorang pergi mandi kat pantai. Pantai tu agak jauh dan kena drive selama 20 minit gak. Aku, dia dan dua orang adik dia. Baru je nak mandi, nenek dia telefon, dia nak ikut jugak. Oh, kitorang dah dekat pantai, camner nenek nak ikut?

“Ala Sayang... nenek tunggu lama dekat rumah, tak datang-datang pun... takpelah, nenek drive sendiri la“

Hoh? :o

Maka, drive-lah si nenek ke Pantai Batu Hitam semata-mata untuk menyaksikan cucu-cucunya mandi. Sampai je kat pantai, Nenek tak turun langsung dari kereta. Dia cuma memerhatikan dari dlm kereta yang ber-air cond. Aku yang tengah mandi ni, tak habis-habis menoleh memerhatikan apa yang dilakukan nenek kawanku itu.

Nenek pandang ke seluruh kawasan pantai, memerhatikan setiap pengunjung yang datang. Mata nenek dah pudar sangat, berselaput putih. Adakah nenek Nampak apa yang kami Nampak? (ToK)

Beberapa minit kemudian, kami naik semula ke pantai. Air ni boleh tahan jugak sejuknya… semua menggeletar kesejukan dan cuba menyegerakan menyalin pakaian di kawasan pantai. Aku yang dari tadi lagi memerhatikan nenek, terperasan. Nenek menjerit sesuatu dari tingkap tapi suaranya dah lemah. Slow sangat. Jadi, aku cuit kawanku di sebelah dan berkata, “nenek panggil“

Maka, berlarianlah kami ke kereta nenek. Kata nenek, “Pergi tukar pakaian dekat chalet atas, malu lah orang tengok“

Aku pun mengulangkan balik apa yang nenek cakap dalam perkataan yang lebih ringkas; wei, jom pergi chalet. Tapi nenek memintas, “bukan balik sayang, chalet!“

Ahaks, nenek rupanya dah kurang pendengaran. Tapi aku coverlah, buat2 salah. Haah nenek, bukan balik, tapi chalet…

Pengajarannya; dulu, masa kecik2 dulu, kita ni jahil. Lepastu, kita jadi orang yang tahu dengan belajar. Belajar punya belajar punya belajar, jadilah apa yang kita tahu itu sebagai fikrah menyebabkan kita jadi orang yang mempunyai keinginan(mahu).

Dari sini ada dua jenis manusia; 1) daripada mahu, ia jadi mampu 2) daripada mahu, ia kekal mahu.

Yang mana satu kita?

Firman Allah s.w.t:
‘Dan barang siapa yang Kami panjangkan umurnya niscaya Kami kembalikan dia kepada kejadian (nya). Maka apakah mereka tidak memikirkan?’ <36:68>
Berkejar-kejarlah menjadi yang pertama jangan tangguhkan lagi karena suatu saat yang tak diketahui ialah bila saatnya kita akan transformed kembali kepada tidak mampu?

Lebih takut lagi, firman Allah s.w.t:
‘Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.’ <16:70>

Dari mahu -> mampu
-> mahu -> tahu -> jahil ??!!

Tentang soal nenek, lepas kitorang salin baju, nenek terus drive balik ke rumah dan hajat sebenar nenek tidak jugak diketahui sampai hari ini. Tapi, kalau melihat pada kejadian tersebut kembali, kuanggap ianya peringatan dari Allah untuk mereka yang berfikir...

No comments:

Post a Comment