Monday, February 23, 2009

Jasad dan Ruh

Serasanya kita semua sedar kita ni apa, betul?
Serasanya semua tahu kita manusia.
Dan serasanya semua patutnya sedar bahawa manusia ada dua unsur,
Jasad dan Ruh.

Dan menariknya, dua-dua unsur ni macam saling collaborate.
Saling bekerjasama dengan satu synchronization yang begitu mantap.
Segala emosi dan gerak fizikal macam ada satu chemistry.
Bila jiwa rasa sedih, mata mula menangis.
Bila rasa takut, jantung berdegup-degup.
Bila rasa gembira, bukan main lagi senyumnya.
Sesuatu yang even science pun tak dapat nak explain sebetulnya.
Bayangkan macam mana sesuatu yang abstrak dan realiti mampu bersatu.

Tapi ada satu persoalan yang patut kita fikirkan.
Ruh dan jasad, siapa kita sebenarnya?
Kita fikirkan, dari mana kita mula.
Dari alam roh. Siapa kita masa tu?
Kita adalah ruh.
Kemudian, alam rahim.
Siapa kita?
Peringkat awal, kita masih ruh, belum masuk jasad.
Jasad masa tu masih dalam pembinaan.
Lama sikit baru kita ditiup masuk.
Lepas tu baru masuk dunia ni.
Siapa kita?
Kita jasad dan ruh. Manusia.
Sampai masa, kita pergi. Mati. Dead. Kaput.
Dah sampai tarikh luput. Expired.
Lepas tu siapa kita?

Bila kita mati, terpisah antara keduanya.
Jasad akan kembali ke tempat asalnya: Tanah.
Ruh, akan kembali juga ke tempat dari mana asalnya: kembali kepada-Nya.
Dan kita memasuki alam seterusnya yang begitu panjang.
Kita masuk sebagai apa?
Ruh semestinya, setelah jasad ditinggalkan.

Maka, di sepanjang kewujudan kita, yang mana kita?
Ruh atau jasad?
Jasad itu, hakikatnya hanya sekadar host untuk ruh kita wujud dan bekerja.
Sepanjang kewujudan, melalui pelbagai alam hingga ke hujung yang infinite,
kita adalah ruh. Jiwa.
Dan jiwa itu tidak dapat wujud di dunia ini dan berfungsi sepertimana yang sedang
kita lakukan sekarang, tanpa adanya jasad itu.

Menyebut tentang fungsi, tiap satunya pasti ada fungsi.
Maka apa fungsi ruh? Apa peranan jasad?

To be continued...

1 comment:

  1. salam...
    can't wait for the next tazkirah...
    tulis dan teruskan menulis...

    ReplyDelete