Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Sunday, September 19, 2010

secebis nikmatMu, aku rindu



30 Ramadhan 1431
"Eh, macam mana nak tidur ni? Nak kena susun tempat tidur lelaki dan perempuan ni..", luah Wardah ketika melihat adik-adiknya sudah mengangkat tilam dan bantal untuk persiapan tidur. Esok merupakan hari raya, jadi rumah nenek dipenuhi dengan sanak saudara yang pulang dari jauh.

"Yang perempuan, tidur dalam bilik...lelaki tidur di bahagian luar," arah nenek yang tiba-tiba muncul di muka pintu untuk ke ruang tamu tingkat atas.

'Eh, tak muat juga rasanya..bilik ada dua saja, sedangkan perempuan ada 10 orang. Bilik ni dah la kecil', getus hati Wardah, namun hanya didiamkan saja cetusan hatinya kerana tidak mahu memanjangkan bicara memandangkan terdapat sepupu-sepupunya yang sudah mengantuk.

Dalam pada Wardah dan adik-adiknya menyediakan tempat tidur di bahagian luar, dua orang sepupu mereka sudah lena dan selesa di atas katil di dalam bilik yang sepatutnya dapat memuatkan 3-4 orang.

Setelah disusun tempat tidur, Wardah menyedari bahawa tempat yang tinggal untuk umminya tidur adalah di atas lantai, bersebelahan dengan katil.

'Ish, tak patut mereka tidur dahulu ni, tanpa memikirkan orang lain. Kasihan pada ummi,' getus hati Wardah lagi, kurang senang tentang tindakan sepupunya yang mementingkan diri sendiri.

"Tak mengapa. Ummi tidur di bawah saja", luah ummi secara tiba-tiba, bagai dapat membaca isi hati anaknya itu.

Wardah menyediakan tempat tidur untuk umminya, dan ummi mengajaknya untuk turut tidur bersama-samanya di situ. Wardah hendak menolak, kerana dia tahu kawasan tersebut akan bertambah sempit jika Wardah turut tidur di situ.
Namun Wardah mengangguk sahaja, akur dengan ajakan umminya. 'Bukan senang dapat tidur dengan ummi dah besar-besar macam ni,' bisik Wardah sambil tersenyum.

"Eh, ummi. Ini macam beg Azri je." Pandangan mereka tertumpu pada sebuah beg bersebelahan dengan katil.

"Nanti kalau Azri masuk bilik ni, untuk ambil barang ke, macam mana? Kita dah nak tidur dah ni..," luah Wardah kerisauan, kerana bimbang terdedah aurat mereka jika sepupunya memasuki bilik tersebut sebentar.

"Tak apa, kita tidur sambil pakai tudung, ya? Ingat, tutup aurat kerana Allah," balas ummi tenang.

Terkedu Wardah seketika. Pernyataan daripada ummi mengejutkan, namun tidak menghairankan kerana sejak Wardah kecil lagi ummi memang sudah mendidik anak-anaknya supaya membuat sesuatu itu semata-mata kerana Allah. Apabila setiap tindakan diniatkan keranaNya, tiada rasa lelah dan penat melakukannya kerana mereka yakin bahawa Allah Maha Melihat usaha mereka untuk menjaga hakNya. InsyaAllah, segala pekerjaan akan dipermudahkan olehNya kelak.

'Allahuakbar..ikhlasnya dirimu dalam menjaga syariatNya. Ya Allah, ku bersyukur dengan nikmatMu yang mengurniakanku ibu yang sangat mencintaiMu dan mengajar kami untuk turut sama mencintai Engkau..'. Menitis air mata Wardah setelah diperingatkan sebegitu oleh umminya. Cepat-cepat dikesat agar tidak disedari ummi.

Sambil berbaring, Wardah termenung seketika. Wardah terkenang akan sikap sepupu-sepupunya yang suka mementingkan diri sendiri, dan kurang mesra apabila mereka berkumpul beramai-ramai. Di manakah salahnya? Wardah sedar, sikap mereka yang sebegitu bukanlah salah sesiapa. Ia adalah kesan daripada hubungan silaturrahim yang lemah di antara mereka.

Saat itu, Wardah begitu merindui rakan-rakan sefikrahnya. Rakan-rakan yang terlalu baik denganya. Rakan-rakan yang sentiasa membetulkannya ketika salah, dan menyokongnya tatkala susah. Seketika itu juga jari-jemarinya pantas menaip mesej di telefon bimbit Sony Ericsson miliknya.

To: Dina Dublin

'Salam Dina..nk taip jg bnda ni kt awak..btpa ukhwahfillah tu melampaui btsan ktrunan dan ptalian drah..alangkah indahny saat2 bsama sisters..i just can't find that feeling saat bsma spupu2 di kmpg ni..sgt mrndui sisters skrg..'

[Message sent]


Beberapa ketika kemudian, ringtone mesej Wardah berbunyi.

[Message received]

From: Dina Dublin

'Wardah..so true..i feel the same too =( pdhal daie ptt mrasa syg pd smua org dskeliling mrka..indhny brukhwah fillah ssma kita hgga sggup bkorbn sglany demi sisters yg dsygi..anugerah yg Allah bg agr kekal tsabat pd jln dkwah ini d saat yg lain xfhm pjuangn kita..Wardah, Allah itu best! T_T'



'Astaghfirullah..benar kata Dina. Seorang daie perlu mencintai sekalian manusia yang ada di sekelillingnya. Kerana kita yakin bahawa cinta dan kasih sayang yang mampu menyentuh hati manusia.Astaghfirullah..dan inilah suatu nikmat dari Allah, iaitu nikmat kemanisan berukhuwah keranaNya, yang dikurniakan agar setiap hambaNya saling bantu membantu antara satu sama lain, kerana tugasan menyampaikan kalimah Lailahaillah penuh dengan cabaran dan dugaannya..dan kita tak kan mampu melakukannya berseorangan...yaAllah, ampunkan dosaku yang selalu tersasar dan lalai dalam beribadah kepadaMu..yaMuqallibal qulub, tsabbit qulubana ala deenik....'

Mengalir lagi air mata Wardah.

'Aku tak patut lagi rasa sebegini. InsyaAllah, perlu mula kembali membina ukhwah dengan sepupu-sepupuku. Agar suatu hari nanti dapat juga sama-sama merasai nikmat kemanisan berukhwah ini, insyaAllah', getus hati kecil Wardah, membina azam.

Penghujung Ramadhan pada kali ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Inilah antara tarbiyah Ramadhan, saat dan ketikanya untuk Allah menegur dan mengingatkan kita, dan beruntunglah bagi orang-orang yang mengambil pengajaran.


*********
"Wardah, bangun nak. Dekat nak subuh dah ni. Sempat lagi untuk solat sunat sekejap,' ujar ummi yang sudah lengkap bertelekung.

Dalam keheningan sepertiga malam yang terakhir, memasuki 1 Syawal 1431H..

Wardah berteleku di atas tikar sejadah, bertafakur memuji kebesaran Allah di hari kemenangan Islam. Moga hari ini lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya, dan semoga Allah sentiasa memelihara mereka hingga saat mereka kembali bertemu denganNya....

**************************


Ukhwah, atau hubungan silaturrahim yang erat tidak terbentuk dalam sekelip mata. Ia memerlukan suatu proses penyucian jiwa, pemurnian akidah kepada Allah dan pemahaman yang jelas tentang deen Allah.

Oleh kerana itu, ukhwah yang terbentuk atas lafaz syahadah Lailahaillah, melampaui batasan keturunan, bangsa, darjat mahupun sempadan daerah manusia di atas muka bumi ini. Atas faktor inilah, golongan Muhajirin dan Ansar bersatu dengan aman di bawah pimpinan Rasulullah SAW.

Namun nikmatnya bukan sekadar keakraban perhubungan, tetapi kemanisan berukhuwwah yang turut membawa kepada keikhlasan untuk mencintai sahabatnya lebih daripada mencintai dirinya sendiri. Subhanallah. Sesungguhnya itulah tahap itsar , tiada yang memberatkan baginya untuk menolong sahabatnya semata-mata kerana Allah.



"Cinta dan kasih sayang merupakan titik tolak bagi dakwah yang berhasil. Daie yang berkesan ialah yang memiliki cinta dan kasih kepada sesama manusia, ia menjadikan dirinya seperti bejana yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang tulus kepada semua"
-Dr Muhd Said Ramadhan Al-Butty-



"Yang saya maksud dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan
aqidah. Aqidah adalah sekokoh-kokoh ikatan dan semulia-mulianya.

Ukhuwah adalah

saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran.
Kekuatan yang pertama adalah kekuatan persatuan; tidak ada persatuan tanpa cinta kasih;
minimal cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimalnya adalah itsar
(mementingkan orang lain dari diri sendiri).


Al-Akh yang tulus melihat saudara-saudaranya yang lain lebih utama daripada
dirinya. sendiri, karena ia, jika tidak bersama mereka, tidak dapat bersama yang lain.
Sementara mereka, jika tidak dengan dirinya, dapat bersama dengan orang lain. Dan
sesungguhnya serigala hanya makan kambing yang terlepas sendirian.

Seorang mukmin

dengan mukmin lainnya ibarat sebuah bangunan, yang satu mengokohkan yang lain.
"Orang-orang mukmin laki-laki dan orang-orang mukmin perempuan, sebagian
mereka menjadi pelindung bagi lainnya.


Demikianlah seharusnya kita."

-As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-


Sunday, June 21, 2009

Saat-saat indah aku dan mu

Aku suka kamu....

Ungkapan yang akan diucapkan oleh setiap pasangan yang bercinta. Apalah makna hidup ini kalau tidak dicintai. Hidup tanpa cinta bagai pokok tanpa baja. Hidup tanpa cinta bagai manusia tidak bernyawa. Hidup tanpa cinta bagai bumi tanpa lautan. Tidak mustahil untuk bercinta dan tidak mustahil untuk dicintai. Perasaan yang ada pada setiap manusia. Fitrah yang tidak boleh diceraikan lagi.
Hidup di dunia ini tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta kepada ilahi. Cinta yang tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Cinta yang hanya dapat dirasa oleh hati dan nurani. Cinta yang kadangkala disalah tafsirkan. Kerana tipu daya dunia yang mengaburi mata kasar. Oleh itu hanya insan yang terpilih sahaja mampu memperoleh cintanya.

Termenung sejenak....

Cinta hari ini apa tujuannya? Biasa orang kata cinta yang sejati akan berakhir dengan perkahwinan. Kerana perkahwinan menuju bahagia. Apa yang dimaksudkan dengan bahagia ini?. Mungkinkah cinta yang dibina hanya untuk mendakap orang yang disayangi. Mahu menghalalkan yang haram. Dan perkahwinan sebagai prasyarat untuk menutup kemaksiatan yang mahu dilakukan. Inilah baru dikatakan sebagai BAHAGIA. Kalau begitu gayanya, cinta ini kerana nafsu. Sememangnya tidak salah lagi. Apa tidaknya, asasnya mudah. Kehancuran institusi kekeluargaan. Tidak sampai setahun jagung berkahwin sudah bersepai rumah tangga yang dibina. Tidak kira yang tinggi pendidikannya atau pekerja-pekerja buruh. Sama sahaja keadaannya

Termenung sejenak...

Bagaimana pula anak-anak muda yang berpacaran yang tidak tahu hujung pangkalnya? Berkepit ke hulu ke hilir tanpa malu dan segan. Tidak lupa juga dengan adegan aksi tersendiri yang meloyakan. Kemudian melafazkan rasa cinta yang tak tentu lagi pengakhirannya. Itu yang kurang berpendidikan. Tidak ketinggalan yang tinggi pendidikannya. Ada sahaja tipu helah yang rencanakan. Pandai berhujah untuk menegakkan benang yang basah. Pandai juga untuk mencari “port” untuk “berlabuh”. Malah ada yang terlalu pandai sampai hilang pertimbangan diri. Nak sangat yang hidung mancung macam shah rukh khan sampai bangla tepi jalan pun layan. Ataupun ada yang mahukan kekayaan sekelip mata ikutlah mat afrika yang pakai IPHONE TOUCH. Kalaulah ini gambaran pemuda pemudi sekarang, inilah imej negara pada masa hadapan. Bak kata orang nak tengok teguhnya rumah tengok pada tiangnya, nak tengok sesebuah bangsa tengok pada pemuda dan pemudinya.

Terdetak hati ini....

Adakah cintaku hanya pada-Mu?
Adakah cintaku mendapat bimbingan-Mu?
Adakah aku bercinta?
Mampukah aku untuk bercinta?
Adakah aku dicintai?
Cinta ini satu permainan dan kita perlu bermain dengannya. Sebagaimana dalam permainan, ianya perlukan matlamat dan strategi untuk menang. Kalau kita kalah pada cinta teruk padahnya. Namun, kemenangan terhadap cinta manis rasanya.
....................

p/s: hanya pandangan terhadap cinta dan kasih sayang....=)

Thursday, March 26, 2009

Ada Apa Dengan Jatuh Cinta, Couple, Tunang dan Perkahwinan



Kes 1:

Jejaka 1: Din, aku suka pandang ‘dia’. Nampak baik jer, cantik pulak tu

Saya: Nak aku tolong ke? :P

Jejaka 1: eh, x pe arr, suka pandang dengan nak lain. Sapelah aku nak muslimah macam dia

Komen: Tapi rasanya kalau suka pandang dosa, bernikah sunat. Hmmmm……..

Kes 2:

Dara 1: Aku tengah bingung arr, dulu selalu gak contact pastu tiba2 putus camtuh jer…

Saya: Haha ko nak tau x kisah sebenar?

Dara 1: Nak2

Saya:_______________________________________ (Rahsia)

Komen: Agak rapat dengan kedua2 pihak, sbb tu tau kisah sebenar……

Kes 3:

Jejaka 2: Din, aku nak bertunang arr bole x?

Saya: Boleh jer, sunat lagi tuh. Walaupun ko cakap kat perempuan tu nak dengan dia dan dia terima, tanpa mintak kat wali pun dah dikira bertunang

Jejaka 2: Sepatutnya istilah couple ni digunakan untuk bertunang arr kan. Orang yang dah salah gunakan term tu

Saya: Errr..

Komen: Sesuai ke bertunang seawal ini ekk? Wallahualam……

Kes 4:

Dara 2: Din, betul ke hadis yg kata kalau kita suka kat seseorg tuh dan kita simpan perasaan tuh sampai kita mati, nanti dapat pahala mati syahid

Saya: (tergelak giler….. x dpt nak membygkan dgn perkataan) merepek jer….. Sape yg ko suka ni….

Dara 2: Jgn bgtau sesape ekk… _____________ (Rahsia)

Saya: hahaha dah agak…..

Komen: “Sesiapa yang mengatakan sesuatu yang bukan dariku tetapi mengatakannya dariku, bersiap sedialah untuk menghadapi azab di neraka”, Rasulullah S.A.W

p/s: bhgn akhir hadis tuh x pasti sgt. Yg knfm lebih kurg arr. Sape tau sila kongsi, trimas….

Kes 5:

Jejaka 3: Din aku nak kawin. Carikan aku calon. Dia camner semua aku x kisah sangat yang penting join usrah. Aku letakkan sepenuh kepercayaan kat ko. Yang mana ko rasa bagus tuh aku terima jer

Saya: Lagi senang..

Jejaka 3: Dengan kalau boleh cantik arr

Saya: Hahaha, nak gak yang cantik tuh

Komen: Bagus2

Kes 6:

Dara 3: Din, aku macam suka contact ramai2 lelaki. Malam ni ada org nk call, seronoknya~

Saya: Erk, adeh la ko…. Ko x risau ke kalau suami ko nnt x percayakan ko sbb terlalu ‘murah’ time sblm kawin

Dara 3: Ko nak kata aku murah ar ni?

Saya: Eh x arr, tp lebih kurg arr :P

Komen: Nikmatnya pacaran setelah pernikahan

Kes 7:

Jejaka 4: Din, jom ikut aku ke Melaka, masuk minang budak tuh

Saya: Poyo ar ko…..

Jejaka 4: Huh. Tu lah hang, dulu lebat jer cakap nak tolong

Saya: Ceh blah arr, aku nak tolong jumpakan pun x berani

Komen: poyo jer……

Kes 8:

Jejaka 5: Din, tolong doakan jodoh aku dengan dia ekk

Saya: Err…..

Komen: Hebat betul muslimah solehah tu... setakat ni 6 org yg telah meluahkn prsaan meminatinya…..

P/s: Citer2 ni semua amik dari kisah benar, juz sebhgn tuh ditukar2 sket bergantung kpd memori dan nak muat kat blog

Saya masih ingat kata-kata Ustazah Nik Mahizan di Bumi Waqafan dulu:

“X salah kalau kamu nak suka seseorang, sebab itu adalah fitrah. Yang boleh jadi salah tu macam mana kamu uruskan perasaan kamu tu”

Saya sangat setuju dengan kata-kata ini…….

Sebagai manusia, mustahil untuk kita menghalang daripada perasaan tertarik kepada jantina yang berlainan, terutama sebagai seorang remaja.... Secara pendapat peribadi, walaubagaimana soleh ataupun cinta kepada Allah dan RasulNya pun seorang remaja tu, agak mustahil untuk dia langsung tidak pernah menaruh hati kepada mana-mana perempuan…….

Tetapi apa yang membezakan antara mereka dengan remaja-remaja yang lain, adalah bagaimana mereka menguruskan perasaan mereka. Mereka tidak akan bercouple malahan cuba untuk terikat secara sah jika berpeluang. Jika tidak pula, perasaan itu hanya akan mereka simpan atau cuba hilangkan. Mereka tidak akan berjalan berdua-duaan secara haram. Tidak juga membuat perkara-perkara yang akan menjauhkan mereka daripada Allah disebabakan terlalu mengingati ‘pasangan’ mereka. Mereka akan berhasrat untuk bersama-sama secara sah dan tidak sesekali tergesa-gesa untuk bersama, yang hanya akan membawa mereka lebih dekat kepada NERAKA….


Alangkah seringnya

Mentergesai kenikmatan itu

Membuat detik-detik di depan terasa hambar

Kelazatan itu akan hilang

Dari orang yang terpenuhi tuntutan syahwatnya

dengan haram

Yang tersisa hanyalah dosa dan hina


Jadi kepada yang tengah mempunyai perasaan kepada seseorang, kawallah perasaan tersebut. Janganlah sesekali cuba memuaskan nafsu dengan cara yang haram. Berdoa kepada Allah semoga kita mendapat insan yang terbaik untuk kita sebagai pasangan kita. Allah sajalah yang mengetahui siapakah yang terbaik untuk kita.


Mungkin ada yang tertanya2, dan dah ramai yang bertanya, saya sendiri pulak macam mana? Tgh jatuh cinta ke, bercouple ke, bertunang ke (cincin dah ada) tapi berkahwin konfim belum. Dan yang paling penting siapakah 'dia'?

Jawapannya?

Terdapat insan yang saya minati – tetapi apakah status dan sapekah dia tu korg nk sibuk apsal :P

(kalo citer pun bukan korg caya....)


Sunday, February 15, 2009

Perlukah Kita Skeptikal Kepada Yahudi & Nasrani?

1. "Barangan keluaran Yahudi perlu diboikot kerana wang yg diperoleh mereka akan digunakan utk mengebom negara umat Islam dan membunuh umat Islam."

2. "Rancangan tv,kartun yg disiarkan banyak yg mampu merosakkan pemikiran anak-anak kecil muslim ."

3. "Krisis kewangan Amerika adalah salah satu perancangan Yahudi dan Nasrani utk menguasai dunia. Umat Islam akan kata,

'Padan muka Amerika.'

Sedangkan Amerika dan sekutunya sedang tersenyum gembira melihat umat Islam sedang diperbodoh."

4. 'Obama itu adalah boneka Yahudi."


Yahudi itu…Yahudi ini…Zionis itu…Zionis ini…


Mungkin inilah yg terlintas di fikiran kita apabila memikirkan tentang Yahudi. Namun,mungkin ada yg tertanya2 mengapa asyik memandang negatif apa2 yg dibuat oleh Yahudi?

Susahlah hidup kita kalau begitu… Kata, menyeru manusia agar berkasih sayang dan bersangka baik?Dengan org kafir kena r baik,kalau tak camne diorg nak terima Islam yg dikatakan agama kasih sayang & keamanan...

Tak adakah ruang utk kita bertolak ansur terhadap mereka?


Mungkin ada yg nak respon.....