Thursday, April 16, 2009

Secantik Cleopatra

Kecantikan seorang wanita biasa diukur pada rupa paras serta warna kulit yang putih menawan. Akan tetapi, kebiasaan bagii seseorang wanita itu akan menggunakan pelbagai jenama pemutih dan alat solekan yang mampu menjadikan kulit mereka seperi yang diidam-idamkan. Bukan sekadar ratusan ringgit malah mencecah ribuan ringgit sanggup dihabiskan oleh seseorang untuk tujuan tersebut. Kadangkala, ada pula yang berhati kental untuk melalui prosedur pembedahan kosmetik yang menyakitkan. Bagi mereka kata-kata azimat; biar sakit sekarang asalkan muka lawa!!! Selalu diucapkan untuk menghalalkan cara yang seemangnya haram.

Pernah terlintas atau tidak dikepala dan otak serta akal mereka yang waras akan kecantikan yang ada pada wanita-wanita arab. Mereka ini tinggal di kawasan yang panas terik malahan awan pula hanya dua tiga kelompok yang tidak sekali-kali menunjukkan tanda-tanda mahu hujan. Keadaan yang panas serta kering sememangnya menjadikan kita tidak senang duduk malahan mahu saja hendaknya dicabut baju agar badan sentiasa disentuh angin. Keadaan ini juga cukup sekali menjadikan kita seperti di dalam oven yang tak berdinding. Akan tetapi, wanita-wanita arab tidak seperti wanita-wanita barat yang kempunan suasana panas. Mereka tanpa rasa resah gelisah berkelubung di dalam jubah yang hanya menampakkan dua biji mata sahaja. (bukan semua orang arab pakai jubah hari ini tapi kebiasaannya begitu)

Mungkin pada kita beranggapan bahawa kecantikan mereka adalah disebabkan baka mereka sememangnya begitu, akan tetapi ia juga mengkin disebabkan cara berpakaian mereka semenjak kecil. Berpakaian yang menutup tubuh mampu mengelak tubuh daripada terkena pancaran UV. Secara saintifiknya, sinaran UV membawa tenaga haba yang besar sehingga mampu merosakkan kulit dan juga penyebab kepada kanser kulit. Menurut Caryn Emoneez, pengerusi lembaga penelitian Dana Farber Institute yang terletak di Boton-AS, “terjadinya mutasi genetic merupakan 5-10% penyebab kanser, tapi pada masa yang sama faktor luaran juga penyumbang kepada kanser sebanyak 70-80%. Diantaranya ialah sengaja menjemurkan muka, tangan, leher dan kaki di bawah sinar matahari.” Kesan ini lebih buruk kesannya terhadap kaum wanita berbanding lelaki kerana kulit wanita mengandungi sedikit kromatin di samping kurang daya tahan terhadap penyakit disebabkan oleh wanita perlu berkongsi dengan janin yang dikandungnya. (Lautan Mukjizat di Sebalik Balutan Jilbab: Sufyan Bin Fuad Baswedan)

Kesimpulannya, bukan kecantikan Cleopatra yang menjadi ukuran akan tetapi nilai daripada berpakaian yang menutup aurat (memakai jilbab) yang perlu diambil perhatian khusus kerana setiap arahan dan suruhan Allah ada hikmah yang terkandung di sebaliknya. Sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-Quran (An Nahl, 16: 81).

1 comment:

  1. It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
    Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.

    ReplyDelete