Friday, April 17, 2009

Living, Death and Dying

Pada beberapa minggu yang lepas, krew awakened giants, Zarith Shafie telah mengeluarkan sebuah poll yang bertanya “which do u prefer?”

1) Living healthily (in ignorance)

2) Dying

3) Death


Seseorang itu jika Allah tidak mahu memberikannya hidayah, maka sudah pastilah dia x kan dapat hidayah itu walau sepanjang mana pun umurnya


Maka di atas kefahaman ini, maka ramai yang suka menjawab “hidayah belum sampai” apabila disuruh untuk solat, ataupun menutup aurat atau terlibat dengan program-program agama


Rasulullah telah bersabda:

“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.

Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.

Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.

Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tgh khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta (lebih dekat lagi).

Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.

Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”


Hadith Qudsi (hadith yang dilafazkan oleh nabi tetapi mengandungi firman Allah) riwayat Al-Bukhari.


Allah menurut sangkaan hambaNya kepadaNya.


Kalau kita percaya Allah akan memakbulkan doa kita, berdoalah nescaya Allah akan makbulkan


Kalau kita memikirkan Allah masih belum nak bagi kita hidayah, mmg sampai masuk kubur ar jawabnya hidayah x kan sampai


Hidayah perlu dicari, janganlah sekali-kali menyalahkan Allah untuk tidak memberi hidayah, sebab kalau hidayah x sampai tu, sebenarnya itu kesalahan diri kita sendiri


Kita yang tidak berdoa kepada Allah untuk memberikan kita hidayah


Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu (Ghaafir 40: 60).


Kita yang tidak mencari sumber-sumber hidayah seperti ilmu2 agama dan peringatan


Kita yang memilih jalan-jalan yang memusnahkan iman kita, yang menjadikan kita lebih jauh daripada hidayah Allah


”Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai- sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan. (Yunus 10: 9)


(contoh manusia yang 'ignorance'? hahaha)

Maka disebabkan kita semua x nak hidup dgn sihat tapi sentiasa menuju ke arah neraka, maka ada pula pilihan untuk ‘dying’ iaitu berada di ambang maut


Rasulullah telah bersabda:


“Dua nikmat manusia sering lupa, nikmat kesihatan dan masa lapang”


Semasa kita sihat, kita lupa bahawa itu adalah satu kenikmatan


Fikirkanlah bagaimana Allah menyusun supaya setiap organ dan sel-sel di badan kita menjalankan tugas-tugas mereka tanpa kita perlu memikirkan tentangnya walau sedikitpun


Tidakkah begitu besar jasa Allah kepada kita?


Tetapi manusia sering kali terlupa….


Di saat manusia mengalami kesusahan, barulah mereka mahu kembali kepada Allah


Barulah sedar betapa lemah dirinya tanpa nikmat daripada Allah


Tubuh badan yang sakit akan mengingatkannya kepada ajal yang bakal dihadapinya


Masa yang disangkanya sudah semakin singkat akan mendorongnya untuk banyakkan bertaubat dan beribadah


Setiap detik akan diisi dengan ibadah dengan harapan akan dimasukkan ke dalam syurga


Namun begitu, terdapat pula sebahagian (termasuk diriku =P) yang berpendapat di saat kita menjadi terlalu lemah, kita akan lebih cenderung untuk berbaring di atas katil mendapatkan keselesaan berbanding beribadah kepadaNya. Dan juga tidak mustahil sakit yang kita alami itu akan menjadikan kita menyalahkanNya kerana berpendapat kita telah melakukan kebaikan sepanjang hidup kita. Malahan kita juga akan menyusahkan pula orang-orang lain di sekeliling kita yang perlu menjaga kita.


Maka mereka ini lebih menjawab ‘death’. Lebih baiklah kita mati daripada hidup yang sentiasa menuju ke arah neraka. Lebih baiklah roh ini dicabut berbanding hidup tetapi hanya terbaring di atas katil, tidak mampu untuk melakukan sebarang ibadah dan menyusahkan orang lain.


(Kalo nak tau ni saya.... =P)


Kita akan mati suatu hari nanti. Lebih baik kita mati di usia yang muda berbanding hidup lama tetapi dipenuhi dengan kemurkaan Allah, daripada menjadikan syaitan-syaitan sebagai sahabat karib….


Tetapi jikalau kita dapat hidup dan melakukan kebaikan, itu adalah lebih baik


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sebaik-baik manusia ialah yang panjang umur dan baik amalannya."

Riwayat al-Tirmizi, no. 110. Disahihkan oleh al-Albani dalam sahih al-Tirmizi.


Malahan di dalam hadis yang lain:


Sabda Rasulullah s.a.w: "Jangan salah seorang antara kamu mengharapkan kematian. Jika dia telah melakukan kebaikan, maka dia masih ada masa menambah amalannya. Jika dia telah melakukan kejahatan, maka dia masih ada masa untuk bertaubat kepada ALLAH dan menghentikan amalan itu." – Riwayat al-Bukhari.


Namun begitu, mengharapkan kematian dibenarkan jikalau:


1) Takut agamanya diuji sehingga menyebabkan dia kufur, sesat atau sebagainya. Dengan ini, kematian akan menghindarkan seseorang daripada ujian itu. (Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani).

2) Mati yang diharapkan adalah mati syahid


(gambar hiasan suka2 - bukan saya ekk)



Tetapi persoalannya, jika betul pun kita memilih kematian kerana jawapan yang terhad oleh poll tersebut, persoalan yang paling penting kita perlu fikirkan adalah….


Konfim ke masuk syurga? Ke kita hanya mempercepatkan langkah ke neraka?


Wallahualam


Sentiasalah mengejar redhaNya dan banyakkan bertaubat, kerana ajal boleh datang selepas anda membaca post ini ;)

No comments:

Post a Comment