Wednesday, March 18, 2009

Kiamat Kecil

2005: Seorg kwn perempuan cuba menghubungi saya tetapi saya tidak menjawab, kemudian dia memberi sms mengatakan bahawa ayahnya tengah nazak… Dia yang sedang kebingungan menghadapi saat-saat kehilangan seorang insan tercinta bertanyakan apa yang perlu dibuat. Apa yang saya sebagai insan biasa mampu menolong melainkan memberitahunya untuk membaca surah Yasin dan Ar-Ra’du…..

Disember 2006: Ketika saya dan sahabat sahabiah sedang membaca Yasin kepada nenek di hadapan mata yang sedang nazak, degupan jantungnya tiba2 menjadi negatif dan terhenti…. Saya terdiam…. Degupan itu bersambung kembali selepas beberapa saat. Masanya dah dekat…. Akhirnya nenek kembali ke rahmatullah ketika saya sedang menghantar kawan-kawan ke stesen beberap jam kemudian….

2007: “Aizat telah meninggal, sakit barah otak”. Saya terdiam…. Aizat? Roomateku yang sama2 ‘fly’ time kat SMK segambut jaya dulu? Innalillahiwa innailaihirajiun….

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan”

(Al-Ankabut 29:57)

Tahun demi tahun, hari demi hari…. Pasti ada saja insan yang pergi. Malaikat Izrail tidak akan berhenti bekerja selagi mana kiamat belum menjelang…

Kiamat…. Ramai yang mengatakan bahawa kiamat sudah dekat…. Bahawa kita inilah umat akhir zaman…. Tetapi apakah bezanya jika kita menghadapi kiamat yang besar itu, dan kiamat kecil kita iaitu kematian? Kita sama-sama akan berjumpa dengan Allah S.W.T

Tanyalah kepada diri sendiri, apakah ibadah yang telah kita lakukan di dunia ini untuk layak mendapat syurga Allah? Yang di dalamnya segala kelazatan. Hanya mengimpikan dan nikmat itu akan muncul di depan mata. Pelayan-pelayan dan isteri-isteri yang setia mengikut kehendak para penghuni syurga. Bayangkanlah perkara paling menarik yang anda pernah impikan, Disneyland? Isteri2 yang cantik? Emas setinggi gunung? Kuasa? Makanan2 yang sedap dan mewah? Segala itu akan dapat diperolehi di syurga kelak… Malahan kehebatannya berganda-ganda lagi daripada keindahan yang dapat kita bayangkan

Tanyalah kepada diri sendiri, adakah maksiat-maksiat yang kita lakukan dapat mengelakkan kita daripada api neraka? Segala solat-solat yang kita sengaja tinggalkan dan lengah-lengahkan…. Segala puasa kita yang kita terasa sangat berat dan tinggalkannya dengan sedikit ujian…. Segala dosa-dosa sesama manusia yang dilakukan dari mengumpat sehinggalah mencuri…. Segala zina-zina mata hingga zina kemaluan yang pernah kita lakukan….. Segala kebanggaan kita melakukan maksiat dan kehebatan kita melanggar hukum Allah pencipta kita…. Adakah kita rasakan bahawa segala-galanya akan terlepas begitu sahaja? Janganlah bermimpi…. Azab Allah yang tidak terperi, yang diiringi dengan sesalan yang tidak ada tamatnya, yang akan menyebabkan kita menderita dari segi fizikal dan mental… Penderitaan yang tidak ada bandingnya di dunia ini…. Sanggupkah kita menghadapi seksaan2 itu?

“Dan apabila mereka dilemparkan ke tempat yang sempit di neraka dengan dibelenggu, mereka di sana berteriak mengharapkan kebinasaan. (Tetapi dikatakan kepada mereka), “Janganlah kamu mengharapkan pada hari ini satu kebinasaan, melaninkan harapkanlah kebinasaan yang berulang-ulang”

(Al-Furqan 25:13-14)

Wahai manusia yang selalu terlupa

Wahai tanah yang telah dimuliakan oleh Allah

Wahai saudara-saudaraku yang Islam mahupun tidak

Bertaubatlah kepada Allah…. Dia adalah pencipta kita…. Siapakah yang lebih layak untuk menentukan hidup kita melainkan pencipta kita? Siapa yang lebih layak untuk menentukan kaedah-kaedah menjaga Mercedes Benz melainkan penciptanya Benz itu sendiri?

Janganlah kita bongkak dengan kejayaan dan status kita di dunia. Sedangkan kita semua akan mati meninggalkan dunia yang fana ini. Hanya amalan kita yang akan menjadi peneman di kubur kelak. Hasilkanlah peneman-peneman yang baik, dan jangan hasilkan peneman yang akan membelit, menghancurkan dan meranapkan kita di kubur mahupun di akhirat kelak

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

(As-Saff 61:2-3)

Peringatan –peringatan ini lebih ditujukan kepada yang menulis itu sendiri

3 comments:

  1. alhamdulillah~ good post mr izzuddin.. =)

    it reminds me of my last day waktu nadwah.. MC, adik Harith KMS dlm ucapan dyer.. 3 kali dyer ulang.. Kullu nafsin zaiqatul maut.. "Setiap yg hidup pasti akan merasai mati"

    wkt tu.. bukan je dewan yg bergegar.. ana dpt rasa degupan jantung yg sgt kencang.. n ditakdirkan Allah.. bebrapa jam selepas itu.. Allah takdirkn shbt2 ana terlibat dlm accident yg mana spatutnya i was in the car too.. tp Allah gerakkan hati ana utk naik 1 lg kereta di depan..

    even that i'm not directly involve with the accdnt.. itu adalah peringtn kecil utk kami semua.. sincerely..ana memang terasa mcm diberi peluang kedua untuk hidup..

    Saat itu…

    Pada suatu masa kita pasti dirisik..

    Pertunangan sejak azali,

    Dihujung hidup berkahwin dengan maut…

    Hantarannya sakit dan nazak,

    Tetamu hadir menghadiahkan tangis dan fatihah,

    Pengantin dimandikan..

    Dipakaikan baju putih..

    Wangian gaharu cendana jadi haruman pelamin..

    Pengantin bersanding sendirian..

    Diarak keliling kampung,

    Berkompangkan azan dan kalimah kudus..

    Aqad nikah dengan talqin,

    Berwalikan liang lahad,

    Bersaksikan nisan-nisan,

    Siraman mawar dari keluarga………..



    Malam pertama bersama kekasih..

    Yang dindingnya TANAH,

    Dan..

    Menuntut janji perkahwinan,

    Kullu nafsin zaiqatul maut…..


    wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. yeap.. mr harith..
    yg 3 kali dia ulang tu, ucapan ke?
    bukan doa ke?
    but still, mmg bergegar..
    cuma.. adakah sume hati bergetar agaknya? hmm..
    dia hebat, pada pandangan ana.. better than some of us, i guess..

    ReplyDelete
  3. oops err doa eh.. haah la kot.. =)

    yeah.. sgt la hebat.. my naqibah pernah ckp ttg dye wkt die first masuk kms.. mmg mantap..

    insyaAllah kter sumer yg masih br ni.. perlu memantpkn diri lg.. byk lg yg nk dibuat di KMB =) moga istiqamah sumer..

    ReplyDelete