Monday, March 23, 2009

Kakak dan adik

Tajuk: Itu sinis namanya.

Pada suatu malam yang tenang, seorang kakak sedang berbaring di atas katil sambil jari-jemarinya menekan-nekan pad kekunci handsetnya.Jam menunjukkan pukul 9.10 malam.
Tiba-tiba adiknya menghampiri.
"Kakak, dah solat ke belum?,"tanya adik tersebut.
"Belum. Nak solat la ni," balas kakak tanpa ada rasa nak bangun dari katil.

"Hari tu kan, ustaz kat sekolah adik cerita, ade la dua orang perempuan ni.Mereka adik beradik. Kakak dia sangat kaya dan pemurah. Dia pun rajin solat. Adiknya pula seorang yang gilakan harta.Ditakdirkan suatu hari kakak dia meninggal.
So,semua harta kakak dia dapat pada adiknya. Adiknya yang gilakan harta ni sangat la gembira. Tiba-tiba adik dia teringat yang pada mayat kakaknya masih terdapat gelang dan cincin emas yang lupa hendak ditanggalkan.
Disebabkan adik ni rasa rugi kehilangan barang kemas tu,lalu dia suruh beberapa orang untuk menggali kembali kubur kakak dia. Bila dikorek dan dikorek,sampai pada mayat kakak dia. Alangkah terkejut orang-orang tu sebab nampak ade ular besar sedang melilit jasad kakak tersebut.Adiknya pun tanya la ustaz pasal peristiwa ni.
Adiknya pelik,sebab kakaknya rajin sembahyang dan pemurah. Kenapa mesti ade ular yang menyiksa mayat kakaknya?
Ustaz tersebut menjawab,"Sebab dia melewatkan sembahyang."

.....

Si kakak termenung sejenak."So kakak,adik nak pergi solat ni. Kakak bila lagi?," tegur adiknya.Oleh kerana terasa dan takut, si kakak terus bangun dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat isyak.
"Yela,orang pergi la ni..".

2 comments:

  1. cubaan menulis komen.satu post yg kurang serius.=)

    ReplyDelete
  2. macho giler ar adik dia tuh haha, sy sgt susah kot nk menegur adik beradik sendiri sbg anak bongsu...

    klmhn sendiri -_-"

    ReplyDelete