Saturday, March 7, 2009

Ilmu Itu Milik Tuhan

Teman..

Izinkan hati aku berkata-kata..

Moga kebaikannya untuk semua..


Teman..

Hati kita kotor..

Mungkin kerana jahilnya kita..

Mungkin juga kerana pandainya kita..


Teman..

Hayatilah bahawa..

Mencari ilmu adalah mencari ma'na hidup..

Ia bukan sekadar markah dan pen merah..

Ia adalah penyuluh jalan..

Menuju Yang Esa..


Teman..

Ingatlah bahawa..

Jangan sesekali bongkak..

Dengan ilmu yang ada..

Jangan sesekali terdetik di hati..

"Ahh, aku dah tahu benda ni"..

Apatah lagi..

"Aku betul, kau salah"..

Kerna..

Ilmu itu milik Tuhan..

Ia datang dan pergi..


Teman..

Rendahkan lah hati..

Jangan kerana ilmu..

Kita jadi sombong dan bongkak..

Jangan kerana ilmu..

Kita dihina oleh Tuhan..

Rendahkan lah hati..


Teman..

Kadang-kala..

Kita tidak sedar, kita tidak perasan..

Lagak jalan kita di muka bumi ini..

Cara berdiri, cara duduk, cara berbaring..

Juga..

Ucapan yang keluar dari mulut kita ini..

Berbaur keangkuhan..

"Ya Allah, itu pun tak tahu ke"..

Hmm..

Seperti Iblis dengan sifat aba wastakbar..

Mengakui adanya Tuhan..

Tapi tetap angkuh..

Angkuh! Sungguh angkuh..

Rendahkan lah hati..


Teman..

Jagalah hati..

Rendahkan hati..

Lembutkan hati..


Teman..

Ini pintaku..

Buat dirimu..

Buat diriku..


Astaghfirullah..

Astaghfirullah..

Astaghfirullah..

Wala hawla wala quwwata illa billah

"hati yang tenang, lebih dalam bila berbicara..."

No comments:

Post a Comment