Salam. Beberapa hari yang lalu, saya dan beberapa sahabat menghadiri satu sesi kupasan politik dan islam. Topiknya ringkas dan isinya meluas sekali. Tidak dinafikan betapa politiknya kupasan (tidak dapat dipastikan ianya ceramah atau forum atau perbincangan) yang dinyatakan. Kami masih penat sebenarnya; program yang dihadiri tanpa persediaan rapi memang beginilah jadinya... Tapi kami tetap seronok menghadirinya...
Membicarakan mengenai politik; bukan kami orangnya. Giant terlalu muda untuk perkara-perkara sebegini tetapi tetap tidak dapat dinafikan bahawa salah satu perubahan yang wajib kita lalui ialah Politik. Maka, rasanya sudah tiba masa untuk kita memulakan arena baru dalam Giant iaitu; P*****k
P*****k ada di mana2. Di jalan2, di kedai2 dan di pasar2 malam. Berasal dari perkataan poll-itics, ianya melibatkan poll. Undian atau gagasan sokongan. Takrifan yang lebih tepat boleh didapati melalui wikipedia.org dibawah kata kunci carian; politics.
Kita berpolitik dalam kehidupan kita. Untuk mengetahui sejauh mana pemahaman para pembaca, Giant tinggalkan beberapa persoalan kepada anda semua; macamana kita berpolitik setiap hari? Adakah kita sebenarnya wajib keluar mengundi setiap hari tetapi kita tidak sedar?
Fikir2kan. Giant akan kembali dengan jawapan yang mengejutkan...
No comments:
Post a Comment