Sunday, May 24, 2009

ALLAHU AHAD

"Katakanlah, ALLAH itu Maha Esa." (Al-Ikhlas : 1)


Surah Al-Ikhlas ni adalah antara surah favourite yg dibaca jika solat nak kejar masa. Pendek dan ringkas serta menjimatkan masa. Namun, adakah sekadar itu nilainya surah ini, sedangkan Rasulullah pernah bersabda bahawa membacanya sekali ibarat membaca sepertiga Al-Quran?


Just nak share apa yg baru dibaca drpd Tafsir Fi Zilalil Quran. Baru saya sedari betapa besarnya makna surah ini kepada nilai aqidah seorang muslim. Sebelum ini, telah diketahui bahawa surah yg pendek ini mengandungi persoalan akidah yg penting buat muslim namun, setelah dibaca kupasan Syed Qutb itu, hati kian tersentuh. Semoga bertambah kefahaman hamba kerdil ini terhadap deenNYA.


Keesaan ALLAH itu sebenarnya membawa erti yg lebih besar daripada maksud satu @tunggal. Ia adalah hakikat kewujudan. ALLAHlah satu-satunya yg wujud dan kekal (seperti dalam Sifat 20). Kewujudan makhluk adalah kerana wujudnya ALLAH. Kerana DIA wujud, DIA mengadakan @ mewujudkan apa yg tiada. Dalam kata mudahnya, apa yg ada (dunia dan seisinya) adalah apa yg diadakan oleh yg sedia ada(ALLAH) atas kehendak(iradat) dan kekuasaanNYA. Bukankah banyak kali ALLAH menegaskan dalam Al-Quran bahawa dia menciptakan sesuatu dgn hanya berkata 'kun' (jadilah), maka akan jadilah apa yg ALLAH kehendaki itu.


Sekiranya ALLAH itulah yg paling benar wujudnya, paling besar kekuasaannya dan satu-satunya hanyalah DIA, adakah suatu yg pelik jika DIA memiliki sifat2 kesempurnaan seperti dlm Asma Ul Husna?


Dan, kerana DIAlah yg paling benar wujudnya, adakah kita yg merupakan makhluk yg dicipta bergantung kepada kuasa atau sesuatu selain DIA?


Cukuplah ALLAH bagi kita... Ayuh, kita semai perasaan ini! Merasai dan meyakini tidak semudah dikata, namun jgn putus asa utk mencuba dan terus mencuba. Mari bersama merasai bahawa ' Cukuplah ALLAH bagiku.'




No comments:

Post a Comment