Sunday, March 22, 2009

Shift Your Paradigm

Segala puji bagi Allah yang nyawaku, hatiku, hidupku, matiku, semuanya di dalam genggamannya.

Alhamdulillah atas segala nikmat cinta yang telah dikurniakanNya kepada kita…Astaghfirullah atas segala kesilapan kita dalam menguruskan nikmat cinta itu … (quote dari orang2 yang ku rasakan hebat dalam hidupku sekarang ini....hehe)

Maha Suci Allah dari segala sesuatu yang kita sekutukan bersama-sama denganNya baik dalam perbuatan, kata-kata mahupun bisikan hati yang seringkali diganggu oleh syaitan sang penderhaka.

“Barangsiapa yang Allah berikan dia petunjuk, tiada siapa yang boleh sesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan dia, tiada siapa yang boleh beri petunjuk kepadanya.”

Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu utusan Allah.

Teman karibku pernah menasihatiku bahawa dalam sesuatu perubahan yang ingin kita lakukan, didiklah hati kita bahawa perubahan kita itu adalah di mata Allah dan bukan di mata manusia. Sekalipun perubahan kita ke arah kebaikan menimbulkan bunyi-bunyi yang tidak sedap dari suara-suara keldai di sekeliling yang tidak pernah sepi dari mencari kesilapan orang lain, janganlah sampai kita kembali kepada kejahatan atau keburukan lalu yang telah kita tinggalkan.

Aku suka berkata kepada diriku, ‘setiap perubahan itu bermula di hadapan Allah kemudian barulah kita ada kekuatan untuk berhadapan dengan masyarakat’. Hakikatnya, kalau kita berubah kerana pandangan manusia, kita akan mudah kecewa sekiranya tidak mendapat reaksi seperti yang kita harapkan. Tetapi Allah tidak pernah dan tidak akan menghampakan kita. Ini juga hakikat yang dimaklumi semua tapi sering kita terlupa.

Kalau nak berubah jadi lemah lembut, jadilah lemah lembut depan Allah dulu, dalam solat, dalam bacaan al Quran…mulakan depan Allah..inshaAllah dapat istiqamah…selebihnya, kita tawakkal kepada Allah.
Di sini, inginku quote kata-kata dari seseorang yang ku rasakan sangat hebat dan signifikan dalam hidupku,
‘tawakkal itu indicator sama ada orang tu tengah beriman atau tidak. (8;2)’

Kenapa tiba2 cakap pasal berubah berubah ni?

A’ah erk.Nape ep?

Sebab dalam sehari harian kita ni..kita asyik buat perkara-perkara yang tidak membantu kita mendapatkan ridho Allah dan tidak membantu memberatkan timbangan amal kite pun. Banyak cita-cita dan angan-angan kita tidak berpaksikan tujuan hidup kita(untuk beribadah dan sebagai khalifah) sebagai seorang muslim pun. Sebab tu kena berubah tak kisahlah secara massive atau slowly2. tapi kena juga berubah sebab kita hidup untuk ridho Allah dan syurga semata(quote lagi dari orang yang hebat tu).

InshaAllah, setiap perubahan yang terbit dari ingatan dan kesedaran kepadaNya pasti membuahkan hasil yang menyejukkan hati dan menenangkan jiwa. Setiap orang pasti ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Setiap 3 hari, cuba singkirkan satu sifat mazmumah dan tambah satu sifat mahmudah dalam diri kita ep?

InshaAllah. Wallahu a’lam. Assalamua’laykum Warahmatullah.

Allahumma ihdina wahdi bina, wahdi ‘asyiratana, wahdi ummatal islam, wahdi annasi jami’a, wa ja’alna sababan liman ihtada. Ameen.

1 comment: